Thursday, January 12, 2012

Musim Buah2an..

Last week, kakak ipar en habibi - Kak Ena ajak balik kampung beliau di Batu Kikir. Kata beliau buah2an terlampau banyak sampai tak tahu nak buat apa. So hari Ahad kami pun ke sana dengan menaiki pick up untuk ambil buah2an yang ada di dusun keluarga beliau. Semasa melalui jalan Kuala Pilah, kelihatan pokok2 rambutan (terutamanya) yang merah2 dan kuning2 memenuhi kiri kanan jalan. Issyykk geram sungguh tengok buah2 yang dah masak ranum itu.


rasa macam nak berkelah je bawah pokok sambil menikmati buah rambutan..

Sampai disana, kami tinggalkan anak2 di rumah sepupu beliau dan terus menuju ke dusun. Haaa... macam nak pitam tengok buah2 yang ada :) Dengan bantuan 2 warga Indo yang amat cekap memanjat dan memetik buah, dapat la kami hasilnya.. 

buah rambutan dan pulasan (dah macam buah laici plak)..

buah langsat dan manggis..

kawasan pokok buah rambutan kuning yang dah ditumbuhi semak samun..



hasil buah2an, tu baru separuh..

penuh satu pick up..


on the way balik, sempat singgah di tepi jalan, untuk beli petai dan cempedak..

buah terlampau banyak, so kami pun perpanjangkanlah sedekah ke orang kampung..

tuan tanah kedaung :)

Sepupu Kak Ena siap cakap nanti datang lagi ye kita petik buah lagi. Kalau datang sekali lagi pun tak habis buah2 ni. Agak2nya orang kat sana jenuh dan tak larat makan. 

To Kak Ena dan sepupu, terima kasih daun keladi ye..
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.. 


4 comments:

  1. banyaknya buahhh...puas mkn kan

    ReplyDelete
  2. kalo rumah kak kasih kat seblh, harus saya bagi sebakul tu :D

    ReplyDelete
  3. sedapnya manggis mintak sikit..hehe tak malu totie ni..

    ReplyDelete
  4. haippp.. mana boleh.. pantang lagi kan.. tungguuuu lps 44 hari ye :D

    ReplyDelete