Thursday, December 8, 2011

Demam Ombak Rindu



Sana sini orang bercakap pasal filem Ombak Rindu. Myself dah beberapa kali baca novelnya. So bila kata nak difilemkan, wah pasti best nih. Memang teringin nak tonton lebih-lebih lagi Aaron Aziz yang pegang watak Hariz J



Day before yesterday myself ambil half day, semata-mata nak tengok filem adaptasi ni. Bersama dengan Ida, kami pun terjah TGV Jusco Seremban 2. Tak pernah-pernah kami buat macam ni tau.. Memang penuh panggung, patut la kawan-kawan selalu kata tiket habis aje. Myself sendiri pun tak pasti orang tengok filem ni sebab cerita itu sendiri, babak yang ada dalam filem tu atau pun sekadar nak tengok Aaron/Maya/Lisa di layar.
Tapi one thing for sure,  ceritanya memang menyentuh perasaan.. Aaron dan Maya benar-benar menjiwai watak masing-masing, macam betul-betul bercinta pulak. Aaron dengan watak ganas egois, tertewas dengan kelembutan seorang wanita dan Maya yang amat polos dan comel bertudung.. Dan suka sangat kata-kata Lisa yang anggun – redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah..
~ Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani ~


p/s : tajuk je demam tapi myself tak le sampai demam.. and thanks to ida, teman tengok which end up ida yang bengkak sampai sepet mata keluar panggung..


4 comments:

  1. awek aaron aziz..ekekekeDec 8, 2011, 12:18:00 PM

    cite dia sbnrnye xbape nak sama ngan novel sbnrnya...cite ni kalau buat siri mst lg best...dlm novel hariz lebih romantik...maya xsesuai jadi izzah..sbb xkampung..yg bawak izzah patutnya muka yg ala2 kampung tp cantik...tp aaron aziz mmg ensem....time dia sedih kita sedih...time dia kenyit mata tertusuk rasa dihati..tp mak dia mcm haram!!!!

    ReplyDelete
  2. akak pujuk suami nak tengok cite ni...tapi dia baut dek je...uwwwaaa

    ReplyDelete
  3. awek aaron aziz..

    maya dah ok la tu.. cuba bg nama sorg yg blh bwk watak izzah tu.. yg pasti aaron la paling best.. memang feeling abis belakon..

    dan yg penting pengarah kena carik pelakon yg blh ajak penonton ke wayang utk dpt untung ye tak? kang boh sesape tah.. tak laku plak..

    ReplyDelete
  4. kak kasih..

    takpe nnti keluar kat astro first boleh layan kat rumah 2 hari gitu.. tapi tak la se best tgk kat panggung..

    nak saya temankan ke hik hik :))

    ReplyDelete