Friday, June 8, 2012

School Holiday Retreat - Part 1

2 June 2012 - it was the first week of school holidays. Kami tak plan nak ke mana2 pun. Rasa macam malas pun ye nak berjalan. Tunggu year end baru nak jalan sungguh. Kebetulan ayahcik nak bersihkan rumput kering belakang rumah, so di ajaknya Harith, Hazeem dan Aqid tolong. Haaa ayahcik jadi mandur kejap.

kerahan tenaga bawah umur - kejap je semangat nak buat.. oppsss ada pencemaran alam pulak he he..

ternampak ini kat belakang rumah.. durian jantung baru jatuh..

haaa yang ni pula durian yang atuk kutip dan kumpul dari pokok yg tumbang minggu lepas.. petangnya ada cousin datang ambil, nak buat tempoyak masak sayur pucuk untuk kenduri.. sedapnya.. 

Sementara anak2 tolong ayahcik, myself terus ke kebun, ditugaskan oleh ayahcik untuk petik cili api. Selain petik cili, jenguk2 la apa yang ada di sekitarnya.

durian dari pokok tumbang, banyak sangat kot sampai tak terkutip.. macam dah masak pulak buahnya..

besar nenas sarawak ni.. tapi tak boleh nak petik lagi.. belum cukup umur..

yang ni kecil lagi.. kedudukan mendatar dan yang peliknya ada lagi 2 pucuk yang tumbuh di pangkal buah tu.. ke memang biasa macam tu?

pokok asam gelugur tengah lebat berbuah..geram tengok buah2 yang dah masak.. dah pernah cerita dulu di sini..

ni la cili api nya - ada dekat 1 kg beratnya.. berpeluh2 juga nak mengerjakan pokok2 cili ni..

yang ni pula, pokoknya banyak, tengah lebat berbuah tapi belum berapa masak sangat..

Tak lama lepas tu, suasana sunyi aje. Rupanya anak2 sume dah lari balik rumah, kepenatan dan kepanasan pun iye agaknya. Macam mana nak jadi kampung boy macam ni!

 

2 comments:

  1. eemm td seronok tp nie double seronok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he bukan aje double tapi dah triple seronok nih..

      Delete