Tuesday, July 24, 2012

Cameron Highlands : MARDI Agro Tech Park

Third check point, ke Agro Technology Park pula. Masa sampai, hujan agak lebat. Kami redah juga sebab dah sampai sini. Ada entrance fee tapi lupa la pulak.

the information centre

Di sini ada macam2 plot dan yang bagusnya setiap plot berbumbung. So tak ada masalah walaupun hujan. Cuma nak bergerak dari satu plot ke plot lain yang terpaksa berpayung.  

plot strawberri

plot bunga2an yang luas dan ada bemacam2 jenis bunga 

bunga clock vine atau juga disebut lady shoes yang bergantungan di merata tempat.. memang cantik

pokok periuk kera yang besar2 periuknya juga bergantungan

rose oh rose

buaian ni yang cantik dan sesuai dok kat sini, anak2 berjumpa kawan baru

suasana yang damai.. dapat pulak kalau minum teh panas2 dalam cuaca sejuk.. arrgghhh marvellous

plot buah2 pulak, buah pir versi cameron

dan juga apel

dan pokok anggur yang masih togel lagi

Yang berikut pula plot sayur2an. Macam2 jenis sayur2 untuk kegunaan harian terdapat di sini. Was telling my friends kan bagus kalau ada kat rumah, kalau nak guna cili, petik aje, nak ulamkan salad, amik aje, nak masak kucai, cabut aje.. best kan!

Antara yang ada di sini :

leko @ leek

parsley

cili cameron

buah labu air, elok aje tergantung, besar2 amat.. tah apa baja la dia guna

purple cauliflower

root bit

jintan manis

brussel sprout - miniature cabbage like (kat batang pokok)

salads

daun kucai yang gemuk2

plot untuk jualan pokok2

Stesen MARDI Cameron Highlands

Ada banyak lagi kawasan yang kami tak sempat pergi, antaranya English Garden, Rose Garden Orchid Garden and few others. Hujan makin lebat yang agak menyukarkan kami untuk bergerak. So we decided terus balik aje..  

On the way nak turun, sempat lagi singgah ke Cameron Valley Tea House, minum teh panas..

meh jemput minum  

orang ramai amat, queue pun panjang

masih lagi hujan

Bye bye Cameron, will make sure that we'll come back here again, insyaAllah..



2 comments:

  1. sukanya tgok bunga2 dan pokok2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka kan.. akak nnt blh pi cameron borong pokok2 pulak..

      Delete