Novel ni I dapat thru email somewhere in 2004/2005. It's not a happy ending, like the usual novel that we read. Cerita pun straight to the point, bukan bunga2 mcm novel remaja. Cerita yang menyentuh perasaan. I wanted to share with you, since I myself suka baca (a few times jugak).
I have tried searching for the author, and the source of this novel, tapi tak jumpa. If you happened to read this, dan tahu sumber2nya, please let me know.
Bab 1 : Farah
Matahari yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan tentang Khairul, duda beranak dua.
Linda, isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik. Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di utara Perak.
Aku ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan tengahari.
"Maafkan saya, ini Farah Amirakan?" Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku dengan senyuman.
Aku pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada di depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Ini akulah. Khairul." Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda tanya yang bersarang di fikiranku.
"Kau Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah... kau dah nampak lain sekarang. Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau." Kataku bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung.
Hatiku berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu berat yang menghimpit benaknya.
"Emm... maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku ketinggalan sesuatu dari kau?" Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit garis kekecewaan.
Aku memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu menjamah apa-apa makanan.
"Apa yang sudah berlaku?" Tanyaku tidak sabar.
Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.
"Linda... Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya." Jawabnya tenang lalu tunduk memandang meja.
Dan hari itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum dengan semangat yang dia tunjukkan.
Selepas itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu, sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba bergurau walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba melayaninya sebaik mungkin.
Khairul sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat barunya itu berjalan lancar.
Khairul seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.
Tapi, kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada Linda. Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya aman di sana.
Aku amat berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti tibanya hari tersebut.
Bersambung - Bab 2 : Farah