Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Department Lunch @ Kelab Shah Alam

Ahad, 18 Nov 2012, our lady boss Ms Deepa belanja kami makan di Kelab Shah Alam. Ni second time kami makan di sini.
 
 
Kami menjamu selera di restoran sini.

 
This is consider department's family gathering, boleh angkut seisi rumah he he.. Table ni dipenuhi oleh family Salfa and myself.

 
Yang ni pula family Ayu dan Khairul.

 
Dan family boss serta family Malar.


 

 
Since mem buat setahun sekalikan, so banyak la food yang dah siap di ordernya.  Memang kenyang makan lauk ajer tengahari tu. Ni belum masuk sayur 2 jenis lagi. Haa kenyang sampai ke makam.
 
 
Kesimpulan food yang ada. Sampai tak muat la tempat putar tu nak letak pinggan lauk

 
Anak2 bila dah berjumpa apa lagi. Makan sikit tapi main lebih. Kat restoran ada stage pulak tu, lagi best dia orang main guling2.
 
 
Men's talk.

 
Dalam pada tu, sempat juga mem beli kek untuk meraikan birthday Khairul yang baru lepas. Dan juga Azwin, mem punya nephew.

 
Yang dok tepi tepi tu kunun ada harapan nak tiup lilin la tu..

 
All of us..

 
Last year pun posing kat sini dan gaya macam ni juga.

 
Thanks for the yummylicious lunch, boss. Dah makan kenyang2 ni, kena lebih rajin lagi buat keje kat opis nooo..
 
 

Saturday, November 10, 2012

Mient's Burger

Balik PD during weekend, kami buat site visit ke kedai kawan ibucuk, Syahmie dan Intan mengusahakan gerai burger yang terletak di belakang The Store Port Dickson.

 
If lalu kat belakang pasaraya tu dah boleh nampak kat deretan medan selera tu.
 
 
List of menu..

 
Dan lagi.. macam2 ada.. burger ikan, udang, arnab, ostrich pun ada. Sebut je nak yang mana dari senarai di atas.
 
 
The man in action.
 

Menu yang paling hangat - Coney Dog cinta.


Glamer you sampai disiarkan dalam akhbar utama lagi.


Yang ni burger special. Jari tu saja nak mengukur ketinggian burger tu, tak kenyang gak tak tau la.


Selain dari burger ada juga nasi lemak yang diletakkan di gerai ni waktu malam. Sedap nasinya disebabkan aromanya. Nasi yang dibungkus dalam daun pisang dan sambal dalam plastik. 


Ada juga air soda gumbira. Teringat masa minum kat Surabaya. Enak bangat. Tapi rasa kat sini tak terlawan rasa kat negara seberang sebab kat sini tak guna susu kental kot..

So sesiapa yang berkunjung ke PD nanti boleh la singgah di sini untuk merasai sendiri Coney Dog Cinta dan juga hidangan lain yang sedia ada!



Thursday, November 8, 2012

Saturday Nite @ Kuala Sg Baru

Last weekend kami ke Kuala Sungai Baru. Last minute punye plan.  Tekak tetiba rasa macam nak makan seafood. Big boss terus roger2 MIL, set, lepas Maghrib terus jalan. Ha ha baik punya plan kan... Kebetulan the whole day hujan aje, perut ni asyik minta di isi. Sepanjang jalan dari PD ke Kuala pun hujan je.  
 
 
 
Kami sampai dalam pukul 9 lebih. Orang tak berapa ramai sangat. Selalunya hujung/awal bulan pasti penuh. Mungkinkah sebab hujan atau baru lepas raya? Yang pasti senang cari meja kosong. 
 

 
Dah lama rasanya tak ke sini. Restoran pun dah cantik. Kalau dulu kerusi plastik, tapi sekarang dah kayu semuanya. Meja pun sama. Boleh dikatakan dapat la menampung lebih ramai pelanggan pada satu masa.
 

Yang ni our feberet - otak2. Mesti nak makan sementara tunggu order yang lain sampai. Otak2 ni beza banyak dari Pantai Timur. Kami suka laa, siap tapau balik lagi.. 


Food dah sampai. Telur dadar aje 2 pinggan isykkk isykkk. Makan dengan nasi lemak daun pisang, memang mabeles. Tapi sungguh la tak healthy makan dah lepas pukul 9 kan. Alaaa sekali sekala je he he..

Biasanya kalau makan2 macam ni, lagi seronok kalau ramai2. Bak kata orang putih, the more the merrier.  Dah nama pun last minute, so mana yang ada jela. Takpe la next time kita plan awal2 ye...
 
 
 


Sunday, September 9, 2012

Acara Memasak @ Midnite

Di tengah malam yang hening, ibucuk dan ibungah masing2 bersengkang mata tunjuk bakat kat dapur. Tah semangat apa yang dah meresap dalam badan diaorang nih. Myself tolong tengok ajer..
 
 
Ibucuk buat tiramisu, guna biskut oreo. Nampak macam senang je. Buat dalam bekas kecil2, senang nak ngap. Tak tanya pulak resepi. Masa ni tengah tabur milo atas keknya.  Dah siap masuk peti ais. Sedappp, dapat pulak makan sejuk2... 

 
Ibungah pulak dengan semangat berkobar2 nak buat florentine cookies atau bahasa melayunya bepang. Hat ni bepang version bandar youuu... 
 
 
Mula2 taburkan tepung dalam bekas yang dialas tracing paper. Ibungah kata senang je nak buat. Main tabur2 je, macam bagi ayam makan kurr kurr.. Buat sambil pejam mata pun boleh.. yo yo aje.. 
 
 
Lepas tu taburkan pumpkin seed dan almond flake (paling basic ni). Boleh aje kalau nak tambah benda2 lain..

 
Lepas tu tabur balik tepung dan last sekali campakkan black sesame atasnya. Dah boleh masuk dalam oven dan bakar. 

 
Florentine cookies yang dah masak. Sedappppp. Dia ni up sikit la dari bepang. Mungking sebab bahan2nya. Lagi satu kena cakap sedap, kalo cakap tak sedap kang orang tak bagi makan pulak he he..
 
 
 

Saturday, August 11, 2012

Kuih Akok

Tak tahu kenapa masa bulan puasa ni macam teringin je nak makan kuih akok. Nak kata 'ada isi', tak juga. Tapi nak la jugak makan, walaupun kekadang macam tak berapa nak menikmati sebab ada beberapa jenis kuih lain waktu berbuka.


Kuih ni glamer kat Pantai Timur. So kat PD ada certain tempat je yang ada. Kalau tak bulan puasa lagi payah nak jumpa. Tak tau nak cakap kuih ni tang mana yang sedap. Tapi myself rasa sedap jer la.

Last weekend, pergi ke param (pasar ramadan), terus beli kueh ni 8 ketul. Myself je makan 5 ketul. Yang ni betul2 menikmati. Teringin punya pasal he he.. Puas hati puas hati.. Lain kali kalau ada nak beli lagi..



Thursday, August 9, 2012

Kalamansi Asamboi

Di suatu masa di sebuah restoren.. Masa belek2 menu, eh ada minuman baru la.. kalamansi asamboi.. Lepas tu tanya adik yang amik order tu, dik kalamansi tu apa ye?? Kalamansi tu limau kasturi kak! Ooooooohhh (sambil angguk kepala). That was the occasion where I came to know kalamansi.. So sekarang ni dah tau la kan :)


Berbalik pada lambakan kalamansi, masa buka puasa petang tu, ingin nak minum air kalamansi asamboi. Mudah aje, campurkan perahan sebiji kalamansi dengan sebiji asamboi pun dah cukup - untuk satu mug. Tak letak gula pun dah ok. Dapat pulak guna air sejuk2 (nak minum ais takut sebab tengah batuk).


Asamboi ni beli kat kedai senseh. Ada macam2 jenis asamboi tapi yang ni best buat air. Ada rasa masam, manis dan masin. My friend ada bagi petua, kalau dah rasa sakit tekak, minum air putih yang direndam dengan asamboi ni. InsyaAllah fast recovery.


Ini lah rupanya kalamansi asamboi, buat penghilang dahaga di bulan puasa. Slurrrppppp... ahhh lega rasanya..


Tuesday, August 7, 2012

Bubur Lambuk

Dalam bulan Ramadhan, setiap hari minggu, emak pasti akak buat bubur lambuk untuk di sedekahkan pada orang kampung. Sekali  masak 5 kilo beras, so dapat la satu periuk yang agak besar. 


Emak akan blend bawang putih, bawang merah, lada hitam dan udang kering. Sebelum tu tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga. Selepas tu masukkan pula perencah, samada ayam atau daging atau udang, ikut suka. Masukkan pula beras, letak air banyak2. Beras dah hancur masukkan santan dan garam (ikut suka sama ada nak cair or pekat). Akhir sekali letakkan daun sup daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng.  


Dah siap packing, ala2 bubur lambuk Kg Baru pulak. Emak buat hari minggu sebab perlu tenaga kerja berlebihan. Kalau nak buat sorang tak larat rasanya. Myself selalu amik part packing. Sambil pack bubur sambil nyanyi la la la (haaa ada maksud tu).. 


Ayahcik pulak ambil kontrak untuk agih2kan bubur lambuk - tapi takde la nak tolak troli ni satu kampung, mau pengsan ayahcik nih!  Untung sape yang baik dengan ayahcik, boleh dapat lebih bungkus.   

Kami pun suka makan bubur lambuk ni. Dapat pulak makan dengan kuah lemak ayam, hai bertambah2 lemak lagi. Dan amat sedap dapat makan masa panas2.. best!



Thursday, July 26, 2012

Si Manis Melon

Yang ni pula buah melon (tembikai susu), beli minggu lepas di tempat yang sama. Satu kotak ada 5 biji dan berat sekotak lebih kurang 12 kg. Purata dalam 2 - 2.4 kg sebiji.


Memang amat manis buahnya. Tak rugi membeli. Gambar bawah - sebiji buah dah dipotong2. Dapat satu bekas besar, untuk jamuan makan di ofis. Buah ni beli the day before, next day dah potong. Lagi sedap kalau simpan 2 3 hari lagi, bagi masak sikit, lagi best.


So rasa2 kalau nak buat kenduri dan makan buah fresh, boleh la singgah ke Pasar Buah Selayang. Tapi kena la beli dalam kuantiti yang banyak. Ada dua buah kedai di sini - Great Harvest Fruit dan Harvest Impact.

*rasa macam duta kedai tu pulak sebab asyik promote buah kat situ ho ho!*





Wednesday, July 25, 2012

Cherry Season

Fruits again. And again another visit to Pasar Buah Selayang. Kenapa tah kami dah suka plak makan cherry ni. Maybe it's affordable since we got it at a very cheap price (sebab beli borong la kan!)

la memang tengah banyak cherry di pasaran.. according to the tokei kedai tu, tengah malam cherry sampai, esok stock dah clear

biasa tengok red/black cherry, now we bring to you the white one.. ha ha kami pun baru first time tengok

close up white cherry - geram tengok sebab berkilat2

normal cherry yang kami selalu beli

this time around, in comes in packs per box, before this lambak dalam satu kotak.. and today we got the chepest price compared to the previous, which was RM28.90 per kg, as for the white one RM40.00 per kg, can't compare since this is our first time buying :)