Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Orked oh Orked

Hari ni - 1 Februari 2012, Hari Wilayah Persekutuan. Bestnya, KL cuti. So automatik myself pun cuti :D, tapi anak2 tetap bersekolah. Balik PD, seronok plak tengok orang lain pergi kerja bila kita cuti, tapi kat sini orang tak la rushing pergi kerja macam orang KL.

Every wednesday, ada Pasar Tani di Batu 4 Jalan Pantai. Dah lama tak datang jenguk sini sebab takde cuti yg jatuh on that day. Kalau datang sini pun bukanlah nak membeli sayur sangat pun. Lebih kepada membelek gerai yang menjual orked. Ada satu gerai je pun, tapi pelbagai macam species bunga yang ada. Dan yang penting, dapat nasihat percuma from an expert. 

pokok yang bergantungan dan berderetan.. yang dah berplastik tu dah dijual.. kalau datang lambat, alamatnya tengok je la pokok orang lain..

pokok2 orked yang dijual di sini murah2 harganya.. bagi peminat bunga ni, mereka pasti datang tiap minggu tengok kalau ada bunga baru.. masa myself tengah belek bunga, ada sorang brader ni datang belek2 bunga juga, oh ni dah ada katanya.. nampak mantap beb tapi penchenta orked rupanya :)

myself sempat rembat yang ini..

dan yang ini juga.. besar dan tinggi pokoknya..


species tiger apa tah.. dan harum bau bunganya..

Myself suka pokok orked ni sebab daun dan bunganya simple je. Nak jaga pun tak susah. Tapi ada juga yang kata susah nak bela pokok ni, tak boleh banyak air la, tak boleh panas la. Myself pun tak le rajin nak membelek pokok, bila dah tanam biar je la hidup sendiri (tak kijam kannn!). Siram je dua tiga hari sekali dan spray baja seminggu sekali (time rajin). Alhamdulillh pokok masih survive dan moga terus berbunga hendaknya :)


Monday, June 13, 2011

Cross Stitch

Ada once terbaca entri kak kasihredha yang minat buat cross stitch. Teringat pulak masa bujang2 dulu memang rajin jugak melayan buat kerja seni nan satu ini. Sekarang ni memang susah la kalau nak curi masa nak buatnya. Lebih2 lagi kalau ada budak2. Yang seronoknya buat nih, kalau dah start, boleh leka.. rasa tak nak stop pulak.
Antara hasil yang masih dalam simpanan :
konon2 nak buat sarung bantal, tapi samapai sekarang tak menjadi sarung bantal lagi..

apples - sesuai kat dapur..

paling adventurous : sunflower - guna dua urat benang aje..

 
buah peach..

Dua yang di bawah ni hasil kerja kawan (Ms Irene Low). Suka sangat sunflowers nya. Nak buat sendiri tak tau bila boleh siap, so jalan paling senang - order saje la.



Actually ada lagi hasil2 yang dah siap dan ada dalam simpanan. Ada juga yang dah diberi pada kengkawan, ada juga yang dah digantung. Hajat hati memang nak continue balik buat cross stitch. Tapi nanti  baru nak pegang jarum dengan benang, pasti anak2 akan datang nak tolong. Macam mana tu ye? (alasan yang boleh diterima pakai). 


Thursday, December 23, 2010

Minggu Setem

Last Friday, during lunch, my colleagues and I sempat ke Berjaya Times Square.. Saja jalan2, haa.. this is my 2nd time ke sini.. Kebetulan plak Pos Malaysia ada bukak booth sempena Minggu Setem. Yang bestnya kali ni dilancarkan setem Upin Ipin (kerjasama antara Pos Malaysia dan Les' Copaque Production)..

Comel setemnya, gambo Upin & Ipin dan kengkawan. Setem canggih skit - tak payah letak gam atau air, dah siap pelekat sendiri. Selain dari tu, ada sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Lagi menarik, setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda. Jauh nak print tu..

Dah nama pun joint venture, so ada karektor la Upin & Ipin dan kawan2 nya sekali. Upin & Ipin datang nanti hari ahad. Sementara tu kami tak lepas peluang amik gambar..

Ismail

Ehsan

Sampul Surat Hari Pertama dan setem RM5

setem 60 sen dan cop sekali..

Cakap pasal setem, I ada jugak buat stamp collection.. tak lah sampai beralbum2..  Dah tua2 baru nak kumpul setemkan.. Thanks tu my colleague, Ayu, for sharing the same interest with me (dan bagi stem berlebihan)...

buku setem

koleksi setem Malaysia

koleksi setem Singapore

Selain dari tu, I suka jugak beli sampul surat hari pertama. Antara yang ada dalam collection, as follows :

Sampul Surat - Alat & Bahan Kesenian (2001)..

Presentation Pack - Alat & Bahan Kesenian..

Sampul Surat - Sidang Kemuncak Islam Sesi Ke 10 (2003)
yang belah kiri tu pewter

Sampul Surat - Tumbuhan Berubi (2009)
sekali dengan setem RM3 (yg besar) dan 30 sen (yg kecik2 tu)

Setem Hidupan Liar (1996)

Lepas ni I thought of joining (dah lama ada intention tapi tak kesampaian lagi) Filateli Club by Pos Malaysia, so that every time ada keluaran baru, I will get one copy. I hope that one day the above collections ni will benefit my kids and who ever.. Mana la tau, one day benda2 tu dah takde, at least they still have something untuk di lihat dan di rujuk. Kawan2 nak tengok pun boleh jugakkk...