Hari ni - 1 Februari 2012, Hari Wilayah Persekutuan. Bestnya, KL cuti. So automatik myself pun cuti :D, tapi anak2 tetap bersekolah. Balik PD, seronok plak tengok orang lain pergi kerja bila kita cuti, tapi kat sini orang tak la rushing pergi kerja macam orang KL.
Every wednesday, ada Pasar Tani di Batu 4 Jalan Pantai. Dah lama tak datang jenguk sini sebab takde cuti yg jatuh on that day. Kalau datang sini pun bukanlah nak membeli sayur sangat pun. Lebih kepada membelek gerai yang menjual orked. Ada satu gerai je pun, tapi pelbagai macam species bunga yang ada. Dan yang penting, dapat nasihat percuma from an expert.
pokok yang bergantungan dan berderetan.. yang dah berplastik tu dah dijual.. kalau datang lambat, alamatnya tengok je la pokok orang lain..
pokok2 orked yang dijual di sini murah2 harganya.. bagi peminat bunga ni, mereka pasti datang tiap minggu tengok kalau ada bunga baru.. masa myself tengah belek bunga, ada sorang brader ni datang belek2 bunga juga, oh ni dah ada katanya.. nampak mantap beb tapi penchenta orked rupanya :)
myself sempat rembat yang ini..
dan yang ini juga.. besar dan tinggi pokoknya..
species tiger apa tah.. dan harum bau bunganya..
Myself suka pokok orked ni sebab daun dan bunganya simple je. Nak jaga pun tak susah. Tapi ada juga yang kata susah nak bela pokok ni, tak boleh banyak air la, tak boleh panas la. Myself pun tak le rajin nak membelek pokok, bila dah tanam biar je la hidup sendiri (tak kijam kannn!). Siram je dua tiga hari sekali dan spray baja seminggu sekali (time rajin). Alhamdulillh pokok masih survive dan moga terus berbunga hendaknya :)
Murah ker kak> berapa sepasu? klu dekat ikea besar2 jugak pokoknya.. harga dalam RM15...
ReplyDeleteharga kat sini lebih murah dari nursery, yg akak tengok la.. tiger tu RM15 juga tp tinggi paras pinggang tu dan lebat bunga..
ReplyDeletesuatu masa dulu akak memang gila tanam orkid ni...kebanyakn beli di nursery dekat UPM...tak tau ada lagi tak nursery tu sekarang.
ReplyDeletesekarang byk orkid akak dah mati...yang ada cuma beberapa spesis aje
saya pun rasa geram jer mcm nak beli lg.. tapi sabo aje.. kang byk sgt takut tak terbela plak..
ReplyDelete