4 days Chinese New Year break.. Kami menghadiri majlis perkahwinan di rumah atok Aqid di Kg Kangkong, Kuala Kedah. Kami bertolak dari PD pukul 2 pagi, sebab dah expect PLUS akan jam.. Memang iye pun. So sempat le kami tidur 2 3 jam sebelum bertolak.
Walaupun kenderaan still banyak atas jalan, tapi perjalanan masih smooth. Cuma R&R yang agak padat, penuh dengan orang dan kereta. So kami tak singgah pun di R&R, sebaliknya singgah di exit tol untuk sembahyang subuh. Selesa pun selesa dan orang pun amat kurang.
lebih kurang pukul 7.15 am, kami sampai di penang dan singgah di kepala batas untuk breakfast, en habibi saja nak tengok tempat pak lah.. tak tau di mana kami breakfast, cuma ikut instruction dari teman en habibi..
sampai di kg kangkong lebih kurang pukul 9.30.. jalan masuk ke kampung.. pemandangan sawah padi dan sungai..
depan rumah atok aqid ada sungai dan bangku berehat (ala2 bus stop gitu).. kalau ikut cerita, sebelum ada jambatan, mereka menyeberang sungai menggunakan perahu..
dan belakang rumahnya pula ada kolam ikan..
Kami sempat berehat (tidor!) dan makan tengahari di rumah atok Aqid, sementara nak menunggu check in di T+ Hotel. Hotel baru dan simple aje, 3 tingkat dan takde lif. Just nice for a one nite stay macam kami ni.
no 888, batu 2 1/2, jalan sungai korok, alor setar..
lobby area..
parking area, ada bangku2 untuk beristirehat lagi..
bilik yang luas dan bersih..
Petangnya myself sempat bawa ibunda dan anak2 ke Pekan Rabu. Ha kalau dah ke Alor Setar memang tak sah kalau tak singgah ke situ. Seperti biasa, kami pasti akan borong asam jawa melayu dan pelbagai jenis makanan kering.
Sebelah malamnya kami dinner di Restoran D'Perindu, kedai kepunyaan teman baik en habibi. Hujan lebat, orang punyalah ramai dan perut dah lapar. Nasib baik dah ada meja yang direservekan untuk kami. Dah habis pinggan semua clear, baru terperasan ada kamera atas meja rupanya :)
mekasih pakcik google..
The next morning, myself ke Pekan Rabu lagi (sebab dekat ajer - dalam 5 mins drive) untuk beli breakfast. Kalau mai sini, macam kemestian untuk beli makan pagi kat gerai yang memang dah wujud dari dulu lagi.
pelbagai jenis kueh mueh yang ada.. rasa macam nak borong sume.. itu pun ada yang belum sampai lagi..
segala macam nasi lemak ayam, bilis, telur dll dan tak ketinggalan nasi kerabu dan nasi dagang..
Sebelah tengaharinya kami terus check out dan ke rumah atok Aqid. Pengantin dah bersanding, kami pun bergerak pulang. On the way, dah plan nak singgah ke Penang. Manala tau kalau jalan okey, boleh naik keretapi ke Bukit Bendera.
anak2 seronok lalu jambatan..
jalan di penang semua jem kecuali pusat bandar.. so kami berhenti la makan petang di restoran kapitan, lebuh chulia..
nanna nanna nanna nannnn cheese.. 4 set kami order..
dah selesai makan, kami sempat singgah di kedai jeruk nasir di lebuh campbell (berhadapan mydin).. kedai melayu.. bersih kedainya dan peramah penjualnya.. azan maghrib dah berkumandang, kiranya kami pelanggan terakhir, dapat le discounted price dan extra lagi.. tak sempat nak jengah kedai melayu yang lain..
mission completed.. then terus menuju dermaga.. nak balik naik feri pulak.. queue yang agak panjang..
ala2 filem titanic gitu.. dan view pulau dari atas feri..
Dari Penang, pukul 8.30 malam, kami berhenti sekali di R&R Tapah dan kemudian terus shoot balik ke PD. Sampai di rumah lebih kurang pukul 1.00 pagi. Kalau ikutkan, memang betul2 short trip nih dan ngam2 kami berjalan 2 hari :D
Salam Yanti.. T hotel tu dekat sangat lah dengan rumah mak saya.. oh,.. tetiba rindu..
ReplyDeleteSalam Hann.. iye ke.. nyaman aje kat situ kan.. tetiba saya pun rasa mcm nak pi kedah lagi..
ReplyDeletetertarik dengan t hotel....
ReplyDeletetotie.. tu sebab dia bg nama T - TerTarik.. ha dah betul la tu, he he he..
ReplyDeleteHotel baru ni worth it kalau singgah. Everything baru.. harga pun kalau macam ni tak lah mahal sangat.
ReplyDeleteyan, mmg sume baru.. ada 2 types of room, facing main road dan belakang, rate RM90 and RM80 nett (off peak) dan RM100 and RM90 (peak).. worth paying :D
ReplyDelete