Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Jenahak @ Jenak

 
 
Semalam pagi abah beli ikan jenahak ni. Ada orang kampung pi memancing. Macam biasa, balik aje kalau ada ikan, dia akan call abah tanya nak beli tak. Saper tak mau ikan fresh kan. Kami panggil ikan jenak aje, lagi mesra panggilannya. 3 ekor ni beratnya dalam 6.3 kg.

 
**abah dah nampak macam cerita deadliest catch plak** 
 
Ha ha.. abah lah jugak yang menyiang ikan tu. Bukan apa kena la bagi expert buat. Nanti kalau kami yang buat, harus hancur ikan tu kot. Beso beno rasanya. Setakat nak buang sisik tu ok la lagi.
 
 
Abah kata yang ni ikan betina. Mana abah tau? Laaa tengok la kan buncit ada telur tu. Oh yang tu tau la.. Tapi kalau tak buncit camner?
 
 
Then abah kata kalo ikan jantan, badan dia panjang sket. Macam yang ni. Eh biar betul. Myself tak pernah nak check ikan jantan ke betina. Tau dah beli siang aje (yang kecik2 la). 

 
Ikan tu, sekor ibungah dah book. Sekor abah potong sekeping2 dan sekor lagi abah potong ambil isinya. So salah satu menu lunch semalam - kari kepala dan tulang ikan jenak.

 
Dan juga kepingan ikan yang dah di goreng. Lembut aje isinya dan terasa kemanisan ikan yang segar dan baru naik dari laut.
 
 
 

Saturday, October 20, 2012

ZC @ Nilai 3

Singgah di kedai ni semasa mencari reben untuk buat bunga pahar majlis kahwin Ira. Dua kali datang ke Nilai 3, mesti ke sini.  
Kalau tak salah, yang ini main shop. Ada branch juga di sekitar Nilai 3 ni. So if barang kita cari tak de kat kedai ni, dia akan check kat kedai lain kalau ada stok.   
 
 
Tak mau citer panjang. Jom kita zoom in apa yang ada dalam kedai ni, itu pun tak dapat capture semua. Ok, let the photos do the talking. 
 
Section ribbon dan barangan berkaitan perkahwinan.
 


 
Section bakul pula.

 
Section hiasan barangan kaca. 


 
Dan yang paling saya suka suka suka - bunga2an. Geram2 tengok bunga yang ada. Rasa macam dok dalam taman aje.






 
Then, bahagian patung hiasan. Comel2 pulak tu patung2 ni dengan kaki yang terjuntai2.




 
View dari luar kedai. Begitulah seadanya.
 
 
 

Sunday, August 12, 2012

Tipah Tertipu Ha Ha

Lately, kat office, kami terima banyak vouchers via email. Before this tak pernah la rasa teringin nak guna pun. But last friday, Hazeem berpuasa dan kami pun tanya adik nak buka apa, nak KFC tak (since dah ada voucher kan). Hazeem pun ok. So print la satu copy. Ikutkan voucher ni, murah and its worth paying.


Sampai kat KFC tanya adik tu. Dikkk, boleh tak guna voucher ni? Yang sorang kata boleh, yang lagi sorang kata tak boleh. At last, lagi sorang kata kak yang ini tak boleh guna, palsu ni. Kami tak tau siapa yang buat ni. Tapi kalau yang harga RM19 ++ tu kami terima. Ok, tak boleh guna, takpe (dalam hati nasib baik tanya dulu!). Ada rasa macam tertipu tak???

Tapi bukan semua voucher tak boleh guna. Pernah sekali ibucuk guna voucher McDonald, ok je. Meh kita tengok lain2 voucher yg ada, boleh guna atau tidak, itu tak jamin. If nak guna pun, tanya dulu kat kaunter ye.





Selamat Berbuka Puasa :D

Friday, May 18, 2012

Seri Ratu Spa

Big boss outstation 3 hari, so my self ambil cuti 2 hari untuk uruskan anak2. He he dah hantar anak ke sekolah, barulah dapat luangkan masa untuk diri sendiri.

Dah lama tak melawat tempat ni, ada makan tahun kot. So this is the time...

Seri Ratu Spa Village (HQ)
No 168 Jalan Seremban
71000 Port Dickson

Spa ni terletak di pekan PD, and another 2 branch kat Teluk Kemang. One is at Klana Resort (new hotel in town) and another one kat Seri Ratu Hotel & Spa. Haaa depa ada hotel sendiri you..   

a bungalow house yang diubahsuai.. this is the entrance..

beroperasi sejak tahun 2005.. dah lama jugak rupanya.. spa mustika ratu.. 

dirasmikan oleh YM Raja Datin Seri Salbiah dan tokeh Mustika Ratu..

pelbagai rempah ratus yang dipamerkan di sini..

produk mustika ratu yang tersusun elok..

reception counter..

siap ada treatment book, for you to refer and choose.. macam2 ada..

Segar dan nyaman aje bila masuk sini. Dan juga redup sebab dikelilingi banyak pokok. Service pun bagus.. Dikerjakan muka myself dekat 2 jam.. Lama rasanya tu.. Siap boleh tidur, bangun, tidur dan bangun balik laaa.. Puas hati..

Ok ibungah.. Next time kita pi sama2 plak ye (jeles sebab semalam tak dapat ikut hik hik)..


Saturday, May 12, 2012

Dung Shop @ HCMC

Third visit to Ho Chi Minh City, from 11 to 13 April 2012. 3 days visit - for the purpose of exploring business opportunities, insyAllah.  In this N3, sajer nak share on this one tailor made shop called Dung. I was first introduced to this shop by my big brother. During the 2nd visit with colleagues in 2011, we came here. Nak tempah office attire. Almaklum, plus size :D

that little shop..
241A De Tham Street, District 1

materials for shirts, pants, suits and all..

Cost of shirt starting from USD13, which includes material and upah jahit, and if pluss size just have to add another USD1. If pants pulak starting from USD18 (if not mistaken).  

all kind of buttons..

with threads all around..

They will ask when is your departure, then they'll set a date for you to come for fitting. Just in case if you need them to make any alteration. Recent visit, I brought together my friends request - to make 3 shirts and 2 pants, including mine of 2 pairs and they managed to complete within 2 days and delivered to the hotel.

a rack of ties and cufflink - they are selling in a pair and cost around USD10..

one of the samples - we had this for last year..

So friends, if you happen to be in Ho Chi Minh City, you might want to visit this shop, at the above address. Try it to believe it..



Friday, March 2, 2012

Twisting Vege Chopper

A few months back, masa pergi ronda lorong belakang The Weld dengan Salfa, ternampak benda alah ni. He he kami pun belilah sorang satu.. untuk memudahkan kerja memasak di dapur cewah..

first time tengok tau.. memang teruja.. RM10 seketul..

komponen nya.. yang pemutar belah atas tu abaikan ajer.. tak berapa berfungsi.. kaedah penggunaan : sebelah tangan pegang bahagian atas dan sebelah lagi bahagian bawah.. kena putar lawan arus..

yang membuatkan kami tertarik nak beli sebab brader yang menjual tu.. dia punya demo memang terbaek.. very convincing.. habis dah di chopnyer segala macam sayur atas meja tu..

dan boleh guna untuk chop walaupun 2 biji bawang..

masa kami sampai, chopper ni berderet atas dan bawah meja.. tak sampai sejam dah habis.. memang pandai cakap la dia nih.. 

Hieee myself beli tapi belum guna pun lagi.. Benda ni actually very useful.. tapi myself suka gak cara traditional.. chop atas landas kayu je.. Habis tu beli buat apa yer?? Takpe la.. simpan dulu. InsyaAllah akan guna gak satu hari nanti :D



Friday, February 10, 2012

Pohon Mulberry



Last few months, Ayu datang ofis bawa dahan2 kayu.. Ingatkan dahan pokok apa, rupanya mulberry. So myself pun pacakkan 3 batang dahan itu dalam pasu within my workstation. Dalam pasu tu dah ada dua jenis pokok berdaun yang tak diketahui namanya. Before this pernah juga campak biji rambutan dan jeng jeng jeng.. boleh dia tumbuh baik punya dengan kawan2 yang lain.  Dah tinggi lebih kurang 30 cm, anak pokok pun menyembah bumi sebab tak cukup tempat nak membesar kot.


Inilah dahan mulberry yang dah naik tinggi. Dan siap dah berbuah lagi. Ada lagi satu pucuk baru nak keluar dari dahan yang sama. Lagi 2 batang dahan belum menunjukkan tanda2 nak menjengah bumi.


Ini pula close up buah mulberry yang masih baby lagi yang berwarna hijau (buah sulong). Buahnya di selaputi dengan bulu2 halus (mungkin fungsinya untuk melindungi buah!). 


Ini pula close up buah mulberry yang dah masak ranum (mekasih pakcik google). Boleh di petik dan di makan begitu saja tau. Myself tak pernah rasa lagi la. Mungkin nanti buah yang sulong dah masak, boleh tau macam mana rasanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan buah mulberry, boleh rujuk di blog Laman-Seri (terima kasih bawang merah, untuk info yang berguna).  Yang bestnya : Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

Haaa, mana tau tiba2 datang pulak ulat2 sutera dok bertenggek kat pokok ni, beranak-pinak dan kemudian boleh diambil benangnya.. Dapat buat sepasang baju sutera pun jadi lah kan kan kan...