Monday, November 12, 2012

Jenahak @ Jenak

 
 
Semalam pagi abah beli ikan jenahak ni. Ada orang kampung pi memancing. Macam biasa, balik aje kalau ada ikan, dia akan call abah tanya nak beli tak. Saper tak mau ikan fresh kan. Kami panggil ikan jenak aje, lagi mesra panggilannya. 3 ekor ni beratnya dalam 6.3 kg.

 
**abah dah nampak macam cerita deadliest catch plak** 
 
Ha ha.. abah lah jugak yang menyiang ikan tu. Bukan apa kena la bagi expert buat. Nanti kalau kami yang buat, harus hancur ikan tu kot. Beso beno rasanya. Setakat nak buang sisik tu ok la lagi.
 
 
Abah kata yang ni ikan betina. Mana abah tau? Laaa tengok la kan buncit ada telur tu. Oh yang tu tau la.. Tapi kalau tak buncit camner?
 
 
Then abah kata kalo ikan jantan, badan dia panjang sket. Macam yang ni. Eh biar betul. Myself tak pernah nak check ikan jantan ke betina. Tau dah beli siang aje (yang kecik2 la). 

 
Ikan tu, sekor ibungah dah book. Sekor abah potong sekeping2 dan sekor lagi abah potong ambil isinya. So salah satu menu lunch semalam - kari kepala dan tulang ikan jenak.

 
Dan juga kepingan ikan yang dah di goreng. Lembut aje isinya dan terasa kemanisan ikan yang segar dan baru naik dari laut.
 
 
 

4 comments:

  1. ikan ni masak asam pedas memang sedap kalau isi dia lembut..

    ReplyDelete
  2. Dah lama x rasa ikan yg baru nAik dr laut...dulu wktu kecik...selalu le sebab duk ditganu...memang Isinya manis kan...bestnyaaa.
    Hihi akak pun x pernah check ikan tu Jantan ke betina.

    ReplyDelete