Tuesday, November 27, 2012

Larian Jom! Kitar Semula & Habitat

Sabtu 17 Nov 2012 - kami merajinkan diri menyertai Larian Kitar Semula 2012. Larian serentak di 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk mengesahkan penyertaan, peserta perlu menukarkan suratkhabar, botol plastik, kotak minuman tetrapak atau tin aluminium untuk dapatkan t-shirt dan no. penyertaan.
 
 
 
Kami masuk kategori Fun Run,  tapi yang peliknya dapat kod B dan C. Bila check balik kat website, kod Fun Run ialah I. Kod B untuk murid sekolah perempuan dan C untuk remaja lelaki, boleh gitu?? 

 
Hooo.. don't play2 arrr.. Steady jer atuk ni nak join larian ni.
 
 
Melangkah dengan penuh bersemangat ke tempat permulaan.

 
Mereka lepaskan larian ikut kategori. Ni sungguh run to win.
 
 
Eh macam kenal je orang itu.. ohh Faisal Ismail la..
 
 
 
Jom lari (tapi kami jalan je) he he..
 
 
Sempat lagi posing.. bila lagi kannn.
 
 
Kami dapat t-shirt ni tapi kaler biru. Anak2 warna hijau. Ok, ingat tau no telefon ni, esok2 nak buat aduan senang.

 
Yang ni pulak lain t-shirtnya. Kalau tak silap, salah satu syarikat yang sponsor or sertai larian ni. Kami dah tersalah masuk group nak lari daaaa.
 
 
Sang semut dah tunggu kat tepi laluan untuk bagi sokongan moral. Baru 3 4 langkah dari garisan permulaan, dah stop nak posing dengan maskot nih..

 
Yeeehhaaaaa.. lari jangan tak lari..

 
Kami berjalan melalui Istana Kehakiman..
 
 
Ada juga Jabatan Penerbangan Awam..

 
Fountain ni dipanggil Flora & Fauna.. 

 
Dan juga Perbadanan Putrajaya.. Ohhh ini ke? Baru tau, tak pernah tengok sebelum ni.

 
Akhirnya sampai kami ke garisan penamat. Orang lain seronok berjalan, Hazeem sepanjang jalan mengomel aje. Tak larat la, jauh la.. Ha tu sebab kena biasa2kan bawak berjalan kan.

 
Macam penat sangat berjalan/berlari.

 
Nak tunggu cabutan bertuah lagi satu jam. Ada la 8 biji motor untuk dimenangi. Kami tak larat nak tunggu. Terus kami balik dulu.

 
Balik rumah dulu??? Takde maknanya.. Kami singgah ke Medan Selera Precint 9 menikmati mee rebus dan nasi lemak yang best itu, ikut kata ibungah. Ha ha tadi dah buang kalori, ni tambah balik.. rasa macam tambah tu lebih dari yang buang :D
 
 
 

2 comments: