Showing posts with label Eid Raya. Show all posts
Showing posts with label Eid Raya. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Aidil Adha 2012

 
Sambutan Hari Raya Haji yang biasa. Tahun ni tak berapa nak raya sebab kesihatan emak yang tak berapa memberangsangkan. Namun, tradisi korban tetap diteruskan.
 
 
Si Hitam (pandai2 je bagi nama kat lembu sekor nih) sampai di rumah sehari sebelum raya. Walaupun nampak kecik tapi berat dan banyak isinya. Abah letakkan Si Hitam kat belakang rumah jer.
 
 
Si Hitam dah siap sedia untuk dikorbankan. Walaupun dah diikat kakinya, tetap kuat melawan. Ada la lapan orang yang memegangnya.
 
 
Si Hitam dah tumbang. Pakcik Dzarib, orang yang dipertanggungjawabkan untuk sembelihan korban di kampung kami, sama ada dibuat di masjid atau rumah. Pakcik ni akan sentiasa on call, bila lembu dah siap, telefon aje, sampai lah beliau. Selebihnya kami yang akan setelkan.
 
 
Seperti biasa, ayahcik.. Kalau ada award paling bergaya, pasti ayahcik akan pegang bertahun2 :D (jangan marah naaaa..) 
 
 
Pandai abang Aqid jaga adik. Affan dah admit to Salam kat Senawang before raya, tapi abinya mintak kuar sehari semalam sebab nak sambut raya kat rumah. Tu tangan pun masih berbalut lagi kesiann..
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar2nya.
 
 
 

Tuesday, September 4, 2012

Raya Kelima / 23 Ogos 2012

From 1st raya, terus lompat ke 5th raya. In between, berjalan juga tapi tangan tak sempat nak merakamkan memori. Pagi 5th day raya tu kami ke Lenggeng, bawa mak dan abah beraya rumah besan sambil menjenguk cucu gegirl - Nur Iman Afrina.

pandai abang affan jaga adik
 
Kat rumah mertua ayahteh banyak pokok kelapa yang sedang berbuah, rendang2 aje pokoknya. So masa nak balik,sempat la ayahteh kaitkan buah kelapa untuk kami bawa pulang.  
 
comel2 aje buahnya
 
It was noon bila kami balik dari Lenggeng. Ngam2 lunch time kan, so kami pun singgah pula ke Senawang, pekena nasi arab pulak. Abah amat jarang nak makan kat luar, tapi bila makan kat sini abah ok, sebab yang empunya kawan kepada kawan abah. 
 
nasi arab damsyik
 
menu yang simple
  
didatangkan khas..

wahidset - kambing untuk abah
 
thalasaset - ayam 1/2 untuk kami
 
first time mak dan abah makan kat kedai ni
 
menu baru
 
Masa on the way balik ikut jalan Mantin, ada banyak orang berniaga petai di tepi2 jalan. Kami sempat juga berhenti untuk beli. Abah tanya ni petai mana, katanya petai hutan, yang dibeli dari orang asli. Tengah musim petai la kot. 
 
seiikat rm40, cantik2 matanya
 
Banyak yang menjual petai tapi hanya ada satu tempat yang menjual buah tampoi. Abah teringin nak makan so kami pun berhenti beli juga. Rasanya myself pun tak pernah makan buah ni. 
 
seikat rm5
 
isinya nipis aja, dan sedap juga rasanya
 
Anak2 seronok pergi berhari raya. Kami pula seronok sebab dapat hasil di bawa pulang ha ha.. 
 
 
 

Thursday, August 30, 2012

Raya Pertama / 19 Ogos 2012

 
Tahun ni, raya pertama kami di Teluk Kemang. Semua ada kecuali Nurul dan Ikhwan sefamily, yang sampai pada malam hari. Seperti biasa, pasti ada hidangan rendang ketupat dan lemang, serta aktiviti menziarah kaum keluarga.
 
Juadah wajib - dan tak ketinggalan buah ceri dan strawberi.
 
Cucu2 bujang Nenek Esah. 
 
Sesi bermaafan dan collect duit raya :)
 
Family photo yang klasik - terbaekkk.
 
Nenek bersama cucu2nya.
 
Note : Kredit tu Along Nora for the above photos. And big thank you sebab bagi permission nak publish. 
 
Dah selesai acara di rumah, kami beramai2 bergerak ke rumah Makwa, iaitu ibu metua kepada ibu mertua, nenek kepada my habibi dan moyang kepada anak2.
 
 Kanak2 pakat naik satu kereta.
 
Walaupun pangkat nenek, tapi kami panggil makwa, panggilan manja gitu.
 
Time collect duit raya, collect jangan tak collect he he. 
 
Hazeem kalau ke mana2 ada aje jumpa kindie mate. Bersama Sofea, kira pangkat dua pupu pada Hazeem. 
 
Rumah makwa yang dipenuhi dengan anak menantu, cucu2 dan cicit2. Makwa bakal menerima piut (anak kepada cucu) tak lama lagi :)
 
 
 

Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri





Syawal disambut penuh kemeriahan
Setelah menempuh si bulan Ramadhan
Ampun dan maaf kami mohonkan
Semoga persahabatan sentiasa berkekalan


~ dari kami sekeluarga ~



Sunday, October 2, 2011

Raya @ Johor Bahru

5 Shawal 1432 bersamaan 3 September 2011

This year, raya paling jauh kami pergi - ke rumah Paklong (abang kepada emak) di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Memang dah plan raya ni nak ke sana.. Kami pergi hanya dua kereta, hajat nak bergerak awal agar cepat sampai.. sudahnya lambat juga bertolak.  Sampai JB dekat pukul 3, memang time perut tengah lapar he he.. 


tuan rumah - paklong dan maklong :)

Masa kami confirmkan nak datang, paklong dah siap bagi menu.. nak buat nasi ambeng dan gear box.. ingatkan sup gear box lembu ke.. rupanya  gear box kambing..  Memang kami look forward nak makan nasi yang mabeles and yummylicious itu..

taraaaa... penuh satu dulang..


anak beranak makan sedulang..


orang ambeng dalam dulang, kami pinggan juga..


family kak lin - sama2 tinggal pd tapi berjumpa di jb..




tengok orang lain makan gear box macam best aje..

cheese tart yang bentuk bulat..

Setelah perut dah reda sikit, kami pun minta diri nak ke Danga Bay plak. Saje nak jalan2.  Maklum la dah sampai situ kan.. Apa yang ada di sana?? Haa.. boleh la setakat nak bagi budak2 seronok..

tak jauh dari skudai pun..

abi, umi dan affan..

with nenek tom.. posing time..

ada indian wedding ceremony - dia chartered kapal ni, 730 pm bergerak.. 

ooppp.. stop..stop..

tunggu train dengan ayahcik..
 
affan pelik sikit sebab dapat naik train..

then naik jumping frog.. muka nervous tu.. 

stop kat sini kejap.. membasahkan tekak..

antara menu yang ada..
 
Sebelum matahari terbenam, kami pun bergerak balik.  Tak sangka pulak perjalanan melalui highway PLUS begitu lancar. Alhamdulillah sampai PD lebih kurang pukul 10 malam.
 
 

Friday, September 16, 2011

1 Syawal 1432

~ Raya Sana Sini ~

 This year, kami semua adik beradik beraya di Bagan Pinang. Selalunya lepas sembahyang raya ada sesi fotografi, tapi entah macam mana, photographer tak cakap apa, main snap aje gambar mana yang ada.

atok, nenek, harith dan hazeem.. aqid and affan??

ayahlong with all his nephews.. 

ibucuk is ready to make a move..

ayahlong sempat lagi posing..

ibungah, ayahngah and aqid..

Dah siap bermaaf-maafan dan mengisi perut, kami adik beradik pun memulakan konvoi beraya. Abah dan mak tak ikut, sebab kata mereka nanti orang datang, rumah kosong pulak. Rumah kami pun memang dalam list kewajipan bagi a few family di pagi raya.

Ada 3 buah rumah yang wajib kami pergi di pagi raya. First ke rumah Paklang Omar (abang kepada abah). Sempat bertemu sepupu yang jarang jumpa, Abang Akim and the family di sana.

kak moli and the girls..

self service..

girls only..

the whole bunch.. with paklang..

Then kami teruskan ke rumah NekNgah (mak saudara abah).

 
 tak sabar nak beraya..

sempat intai pohon malberi depan rumah..

nekngah..

sempat lagi makan..

ibungah posing tak sedar ayahngah tido..

affan pun sempat take a short nap..

Then kami nak ke rumah Mak Ngah (kakak abah) pulak. Pelik jugak bila dua kereta dah sampai, yang lagi satu tak nampak2 lagi. Ghopanya diaorang sempat singgah ke pekan PD buat photoshoot kat tengah pekan yang sememangnya lengang tak de orang. Hisshh tak patut betul tak habaq kat kami :(





photos above : pagi raya di pekan pd..

mak ngahnya..

geng model dengan abang nizar and family..

mak dan anak..

with ayah cik..

 with ayah teh, affan and ibu cuk..

like father like son..

So by now dah complete one round. Balik rumah ada tetamu dari Kg Sijangkang, Selangor pulak bertandang ke rumah..


with cousin, abang deli..

abah and anak2 buah..
By 2.30 pm, dah get ready to go back to Telok Kemang, beraya rumah En Hubby pulak..