From 1st raya, terus lompat ke 5th raya. In between, berjalan juga tapi tangan tak sempat nak merakamkan memori. Pagi 5th day raya tu kami ke Lenggeng, bawa mak dan abah beraya rumah besan sambil menjenguk cucu gegirl - Nur Iman Afrina.
pandai abang affan jaga adik
Kat rumah mertua ayahteh banyak pokok kelapa yang sedang berbuah, rendang2 aje pokoknya. So masa nak balik,sempat la ayahteh kaitkan buah kelapa untuk kami bawa pulang.
comel2 aje buahnya
It was noon bila kami balik dari Lenggeng. Ngam2 lunch time kan, so kami pun singgah pula ke Senawang, pekena nasi arab pulak. Abah amat jarang nak makan kat luar, tapi bila makan kat sini abah ok, sebab yang empunya kawan kepada kawan abah.
nasi arab damsyik
menu yang simple
didatangkan khas..
wahidset - kambing untuk abah
thalasaset - ayam 1/2 untuk kami
first time mak dan abah makan kat kedai ni
menu baru
Masa on the way balik ikut jalan Mantin, ada banyak orang berniaga petai di tepi2 jalan. Kami sempat juga berhenti untuk beli. Abah tanya ni petai mana, katanya petai hutan, yang dibeli dari orang asli. Tengah musim petai la kot.
seiikat rm40, cantik2 matanya
Banyak yang menjual petai tapi hanya ada satu tempat yang menjual buah tampoi. Abah teringin nak makan so kami pun berhenti beli juga. Rasanya myself pun tak pernah makan buah ni.
seikat rm5
isinya nipis aja, dan sedap juga rasanya
Anak2 seronok pergi berhari raya. Kami pula seronok sebab dapat hasil di bawa pulang ha ha..
izan pon ada pergi beraya kt area kedai nie.. rumah sepupu hubby dpn skit jer dr kedai nie...
ReplyDeletenext time blh try makan kat sini.. even tho simple tapi enak juga rasanya...
Delete