Showing posts with label The Backyard. Show all posts
Showing posts with label The Backyard. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Lambakan Kalamansi

Isnin dan selasa, myself bercuti, sebab big boss out station. Abah pun apalagi, ajak naik kebun la, suruh exercise sambil petik buah limau kasturi yang tengah banyak masak kat pokok.  Bulan puasa nak pergi petik buah, haduhai dah terasa penat nih.. Ok la pergi aje, with the expectation cuma beberapa pokok.

Sampai kat kebun, tu diaaaa semua pokok berbuah.. huaaaaa... Tak kira pokok kecik ke besar ke sume berbuah banyak.. Antara pokok yang ada :


 

Ni kalau dah kuning buahnya sebijik macam pokok limau dalam pasu masa Tahun Baru Cina tu.  Geram tengok buah2 yang nak kekuning2an tu. Okeh, kasi close up sikit buah2nya.



Sambil2 petik tu, terjumpa la makhluk Allah yang menumpang kat pokok2 ni. Cantik pun ye, boleh tertipu mata disebabkan warnanya.



Yang ni hasil tuaian hari pertama. Baru 1/5 pokok2 yang ada, dah tak larat. Balik siap timbang, humanghai.. 12kg tu.. Puas hati rasanya..


Yang ni pula tuaian hari kedua, dah laju sket petik, cepat habis.  Itupun tak semua pokok, pejam sebelah mata je la. Balik timbang, tengok 26 kg (tak termasuk asam gelugor tu).. lagi la banyak amat..


Abah memang tak plan pun nak jual hasil tanaman ni. Sudahnya agih2kan pada orang kampung dan sedara mara. Ayahcik siap bawak pi kerja bagi kat kengkawan. Myself pun nak bawa ke kengkawan juga, musti dia orang suka :). So sesiapa yang nak boleh habaq noo, sementara stok masih ada he he..

Oh ya, kalamansi tu limau kasturi la. Saja nak guna nama glamer, buat orang tertanya2... Tak semua orang tau apa itu kalamansi kan kan.. 


Friday, June 8, 2012

School Holiday Retreat - Part 1

2 June 2012 - it was the first week of school holidays. Kami tak plan nak ke mana2 pun. Rasa macam malas pun ye nak berjalan. Tunggu year end baru nak jalan sungguh. Kebetulan ayahcik nak bersihkan rumput kering belakang rumah, so di ajaknya Harith, Hazeem dan Aqid tolong. Haaa ayahcik jadi mandur kejap.

kerahan tenaga bawah umur - kejap je semangat nak buat.. oppsss ada pencemaran alam pulak he he..

ternampak ini kat belakang rumah.. durian jantung baru jatuh..

haaa yang ni pula durian yang atuk kutip dan kumpul dari pokok yg tumbang minggu lepas.. petangnya ada cousin datang ambil, nak buat tempoyak masak sayur pucuk untuk kenduri.. sedapnya.. 

Sementara anak2 tolong ayahcik, myself terus ke kebun, ditugaskan oleh ayahcik untuk petik cili api. Selain petik cili, jenguk2 la apa yang ada di sekitarnya.

durian dari pokok tumbang, banyak sangat kot sampai tak terkutip.. macam dah masak pulak buahnya..

besar nenas sarawak ni.. tapi tak boleh nak petik lagi.. belum cukup umur..

yang ni kecil lagi.. kedudukan mendatar dan yang peliknya ada lagi 2 pucuk yang tumbuh di pangkal buah tu.. ke memang biasa macam tu?

pokok asam gelugur tengah lebat berbuah..geram tengok buah2 yang dah masak.. dah pernah cerita dulu di sini..

ni la cili api nya - ada dekat 1 kg beratnya.. berpeluh2 juga nak mengerjakan pokok2 cili ni..

yang ni pula, pokoknya banyak, tengah lebat berbuah tapi belum berapa masak sangat..

Tak lama lepas tu, suasana sunyi aje. Rupanya anak2 sume dah lari balik rumah, kepenatan dan kepanasan pun iye agaknya. Macam mana nak jadi kampung boy macam ni!

 

Thursday, May 31, 2012

Backyard - Durian & Kantan

Last weekend, hari Sabtu balik rumah PD. Masuk dapur dah terbau durian. Abah kata makan la durian, ada 2 biji tu. Wah ini sudah best. Kami semua memang penggemar durian. My habibi siap cakap 'Bestnya durian ni bah'. Abah jawab 'Ha durian kat kebun belakang. Ini pun gred yang paling rendah.' Erkkkkk...

abah panggil ni durian jantung.. cinonit je buahnya, tapi sedap isinya..

Jadi keesokan harinya, myself pun memulakan site visit ke kebun (dah memang niat nak jengah kebun sebab lama tak melawat - bukan sebab durian semata2 tau!)..

on the way naik, nampak rumpun pokok kantan ni.. banyak bunga yang dah kembang setaman.. pastinya tak de orang ambil.. dan bunga2nya dah bertukar hitam.. sayangkan..

close up bunga kantan.. rasanya warna asal merah.. musykil pulak, dah bertukar warna lain sikit.. bunga ni buat penghias meja pun cantik juga..

Masuk ajer kawasan kebun, dah nampak pokok durian.. Humang haii banyaknyer buah.. geram tengok buah2 yang bergayut2 kat pokok2 tu. Oh ya malam sebelumnya kawasan kami dilanda ribut, habis berterbangan baju di ampaian dengan ampaiannya sekali..

abah cakap pokok ni baka sultan pahang (gred A) - paling best..

ini pokok durian yang tumbang sebab ribut tu.. kiranya kuat jugak la ribut tu kan.. dah kurang satu pokok :(

buah2 durian yang berguguran atas tanah.. sayangnya.. rasa macam nak kutip semuanya bawak balik tapi nak buat apa pulak yer dengan buah2 muda tu?.. 

abah sempat lagi ambil beberapa biji .. agaknya buah2 ni dah nak masak kot..

Yang pastinya, setiap pagi dan petang ada aje buah durian yang akan abah bawa balik dari kebun. Yang bestnya kami la kan, anak2 dapat merasa hasilnya - dapat makan free la kiranya hi hi. Rasanya ayahlong dan ibungah aje yang belum merasa. Ha apa lagi, cepat2 la balik ye kalau nak rasa durian abah :) 


Tuesday, October 25, 2011

Hasil Kebun

  Last weekend abah kata cili padi banyak tak berpetik kat pokok. Rasanya macam dah lama jugak tak menjejakkan kaki ke kebun belakang rumah. Jadi I pun merajinkanlah diri untuk melawat kawasan. Tengah petik cili, kakak plak telefon.. "Ambil daun turi sekali, nak masak asam pedas." 

On the way balik, ternampak bunga kantan yang tengah banyak berbunga. Geram pulak rasanya..

pokok kantan yang agak besar..

bunga kantan dicelah2 rumput dan lalang.. 

hasil kebun - cili padi putih, limau kasturi, daun turi dan bunga kantan..

Mau berpeluh jugak la memetik hasil walaupun tak sampai 2 jam di bawah sinaran matahari..  Tapi ok lah kan, tak perlu nak ke kedai membeli sayur untuk hari ini..

Sunday, March 13, 2011

Durian Dah Gugur...

Masih ingat lagi cerita pasal durian belakang rumah?

Ingatkan lambat lagi nak gugur. Rupanya dah masak dan mula gugur ke bumi. Salah bugdet timing la. So sekarang ni everyday, musti ada durian kat rumah. Untung sape dok kat rumah tu. Hari2 makan durian free :)


Ikut kata abah namanya Sultan Pahang (salah satu daripada pokok2 yang ada). Pelik plak namanya. Tah ye tah tidak. Abah pun ingat2 lupa, ye la dah lama menanamnya. One thing for sure, rasanya fuuhhh memang sedap. Isi melekit2 gitu, bijinya kecik je. Puas hati la kiranya. 

Takleh cerita banyak2. Kalo ada orang pregnant, susah plak kalo teringin nak makan. Dekat takpe buatnya jauh. Dan ada orang makan durian, ada yang tidak. Marah plak karang kalo cerita lebih2.

Terima kasih abah sebab tanamkan pokok2 durian ini untuk kami :D