Wednesday, August 8, 2012

Lambakan Kalamansi

Isnin dan selasa, myself bercuti, sebab big boss out station. Abah pun apalagi, ajak naik kebun la, suruh exercise sambil petik buah limau kasturi yang tengah banyak masak kat pokok.  Bulan puasa nak pergi petik buah, haduhai dah terasa penat nih.. Ok la pergi aje, with the expectation cuma beberapa pokok.

Sampai kat kebun, tu diaaaa semua pokok berbuah.. huaaaaa... Tak kira pokok kecik ke besar ke sume berbuah banyak.. Antara pokok yang ada :


 

Ni kalau dah kuning buahnya sebijik macam pokok limau dalam pasu masa Tahun Baru Cina tu.  Geram tengok buah2 yang nak kekuning2an tu. Okeh, kasi close up sikit buah2nya.



Sambil2 petik tu, terjumpa la makhluk Allah yang menumpang kat pokok2 ni. Cantik pun ye, boleh tertipu mata disebabkan warnanya.



Yang ni hasil tuaian hari pertama. Baru 1/5 pokok2 yang ada, dah tak larat. Balik siap timbang, humanghai.. 12kg tu.. Puas hati rasanya..


Yang ni pula tuaian hari kedua, dah laju sket petik, cepat habis.  Itupun tak semua pokok, pejam sebelah mata je la. Balik timbang, tengok 26 kg (tak termasuk asam gelugor tu).. lagi la banyak amat..


Abah memang tak plan pun nak jual hasil tanaman ni. Sudahnya agih2kan pada orang kampung dan sedara mara. Ayahcik siap bawak pi kerja bagi kat kengkawan. Myself pun nak bawa ke kengkawan juga, musti dia orang suka :). So sesiapa yang nak boleh habaq noo, sementara stok masih ada he he..

Oh ya, kalamansi tu limau kasturi la. Saja nak guna nama glamer, buat orang tertanya2... Tak semua orang tau apa itu kalamansi kan kan.. 


2 comments:

  1. akak pun x tau nama glemer dia....wauuuuuuuuuuuu....bestttttttnyaaaa
    Alhamdulillah rezeki lah namanya ni.
    Sama mcm arwah ayah akak dulu...dia x pernah jual ....bagi2 je kat sanak sedara dan jiran2

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dulu2 jugak bagus ye kak.. tanam pokok igt kat sedara mara :)

      Delete