Tuesday, August 7, 2012

Bubur Lambuk

Dalam bulan Ramadhan, setiap hari minggu, emak pasti akak buat bubur lambuk untuk di sedekahkan pada orang kampung. Sekali  masak 5 kilo beras, so dapat la satu periuk yang agak besar. 


Emak akan blend bawang putih, bawang merah, lada hitam dan udang kering. Sebelum tu tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga. Selepas tu masukkan pula perencah, samada ayam atau daging atau udang, ikut suka. Masukkan pula beras, letak air banyak2. Beras dah hancur masukkan santan dan garam (ikut suka sama ada nak cair or pekat). Akhir sekali letakkan daun sup daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng.  


Dah siap packing, ala2 bubur lambuk Kg Baru pulak. Emak buat hari minggu sebab perlu tenaga kerja berlebihan. Kalau nak buat sorang tak larat rasanya. Myself selalu amik part packing. Sambil pack bubur sambil nyanyi la la la (haaa ada maksud tu).. 


Ayahcik pulak ambil kontrak untuk agih2kan bubur lambuk - tapi takde la nak tolak troli ni satu kampung, mau pengsan ayahcik nih!  Untung sape yang baik dengan ayahcik, boleh dapat lebih bungkus.   

Kami pun suka makan bubur lambuk ni. Dapat pulak makan dengan kuah lemak ayam, hai bertambah2 lemak lagi. Dan amat sedap dapat makan masa panas2.. best!



2 comments:

  1. besar pahalanya memberi org2 makan unk berbuka...
    sedapnya bubur lambuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..

      hee kalo rumah akak kat sebelah harus saya hantar byk bungkus :D

      Delete