Sunday, October 2, 2011

Raya @ Johor Bahru

5 Shawal 1432 bersamaan 3 September 2011

This year, raya paling jauh kami pergi - ke rumah Paklong (abang kepada emak) di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Memang dah plan raya ni nak ke sana.. Kami pergi hanya dua kereta, hajat nak bergerak awal agar cepat sampai.. sudahnya lambat juga bertolak.  Sampai JB dekat pukul 3, memang time perut tengah lapar he he.. 


tuan rumah - paklong dan maklong :)

Masa kami confirmkan nak datang, paklong dah siap bagi menu.. nak buat nasi ambeng dan gear box.. ingatkan sup gear box lembu ke.. rupanya  gear box kambing..  Memang kami look forward nak makan nasi yang mabeles and yummylicious itu..

taraaaa... penuh satu dulang..


anak beranak makan sedulang..


orang ambeng dalam dulang, kami pinggan juga..


family kak lin - sama2 tinggal pd tapi berjumpa di jb..




tengok orang lain makan gear box macam best aje..

cheese tart yang bentuk bulat..

Setelah perut dah reda sikit, kami pun minta diri nak ke Danga Bay plak. Saje nak jalan2.  Maklum la dah sampai situ kan.. Apa yang ada di sana?? Haa.. boleh la setakat nak bagi budak2 seronok..

tak jauh dari skudai pun..

abi, umi dan affan..

with nenek tom.. posing time..

ada indian wedding ceremony - dia chartered kapal ni, 730 pm bergerak.. 

ooppp.. stop..stop..

tunggu train dengan ayahcik..
 
affan pelik sikit sebab dapat naik train..

then naik jumping frog.. muka nervous tu.. 

stop kat sini kejap.. membasahkan tekak..

antara menu yang ada..
 
Sebelum matahari terbenam, kami pun bergerak balik.  Tak sangka pulak perjalanan melalui highway PLUS begitu lancar. Alhamdulillah sampai PD lebih kurang pukul 10 malam.
 
 

2 comments: