Thursday, November 22, 2012

Deepavali Day Out

Cuti pada 13 Nov 2012, kami ke Aquria KLCC. Almaklum tak pernah sampai, kecuali ibungah dan Aqid. Kami park kereta di Putrajaya, ambil ERL sampai Sentral then tukar naik LRT pulak ke KLCC. Budak2 la seronok sebab naik cucumas (thomas the train tu).
 

Melalui terowong dari pusat beli belah ke Aquaria. Kiri kanan dan atas ada lukisan. Nice.. Kaunter buka 10.30 so kami hantar ibucuk beli tiket dulu.

 
Haaa sempat posing2 dulu on the way. Ni belum sampai lagi tau, baru tunjuk jalan.
 
 
Masa kami sampai, ibucuk still tengah queue, panjang pulak tu. Almaklum public holiday kan. Sementara tunggu, sempat lagi kami merasai ice cream New Zealand Natural (first time jugak tu!) di pagi hari.
 
 
Okey ibucuk dah berjaya dapatkan pass masuk. Rate dia - adult is RM35 and children RM25. Ibucuk beli family package promo (2A + 2C) for RM99 then lagi 2 yang normal. Dah save sikit kan he he.. 

 
Budak2 dan mak budak2 excited dah nak menjelajah ke dalam isi perut Aquaria.

 
Masuk2 aje, kami di sambut oleh si piranha.. banyak betul. Macam mana dia angkut dari negara luar dan bawa masuk ke sini ye.. 
 
 
 
Kebetulan pukul 11.15am, time to feed the reef creatures at 'touch pool'. Mereka bagi makan pada belangkas, tapak sulaiman dan juga gamat. Selain dari tu boleh juga nak merasa pegang bamboo shark.
 
 
Merasai pengalaman berada dalam dunia air. Tapi yang ni posing lebih..

 
Panjang betul dia nih.. Kalau terkena macam mana ye..

 
Then kami melalui 'the stream' - creatures of the fresh water. Dapat la tengok giant water rat yang memang agak giant la, dan kebetulan juga masa tu otter feeding and playing time. Cerdik dan comel sungguh la otter 2 ekor nih.

 
Kami melalui 'Jewels of the Jungle' pula.
 
 
Tak ketinggalan tarantula ni ha. Macam cantik jer bulu2 kat badan dia.

 
Ada juga green iguana.
 
 
Dari Aras 1 nak ke Aras 2, dapat lihat ikan2 yang besar2 dalam tank ni ha. Area ni dipanggil Malaysia flooded forest. 

 
Lagi ikan2 kecil yang dok dalam tank yang meninggi ke atas. Canggih betul.

 
Paling best bila melalui oceanarium. Rasa macam duk dalam laut pulak. Tarikan utamanya adalah giant blotched fantail ray (pari gergasi), sand tiger shark dan green turtle, selain dari hidupan yang lain. Kat sini tak perlu penat berjalan, berdiri aje sambil menikmati pemandangan dalam laut. 
 
 
Ketika kami melalui aquatheatre, it' time to feed the marine life. Dah ramai orang yang duduk menunggu. Macam dok tengok tv skrin besar pulak.
  
 
Giant ray tu namanya Kudsia. Panjang setinggi manusia. Diver tu siap buat aksi berpusing2 dengan Kudsia. Green turtle tu pula namanya Kismet. Dia akan sentiasa mendekati diver yang bagi makan itu, nampak macam kelaparan sungguh. 
 
 
Masa pergi dekat dengan cermin, nampak rambut diver ni beralun2 dalam air, ni mesti seorang wanita. Betul sungguh.. Sempat dia posing untuk kami dan peace yo... Kami pun lambai sambil angkat ibu jari tanda best! ha ha..
 
 
Budak2 really enjoy themselves. Emak2 pun seronok la sebab anak2 suka. 
 
 By 1.30 pm kami dah habis round dan exit ke pusat beli belah. Nak window shopping, mood tak mari. Lagipun ramai orang. Harith ajak pergi ke Petrosains tapi rasanya macam musti ramai orang. Next time la kita pergi ye.
 
Dah tak tau nak ke mana, call ayahlong janji nak jumpa di Bangi pergi makan2 (kami tak lunch lagi dan lapau sungguh). Ayahlong dari PD bawa Nenek Tom sekali.
 
 
Mula2 ibucuk suggest ke MFC, unfortunately closed for renovation. Sudahnya singgah sini aje. Kami dah pernah makan sekali kat sini.




 
 
Mungkin sebab kami kelaparan dan makan secara berjemaah (satu dish share ramai2, pusing satu meja), jadi banyak la ordernya. Food kat sini consider sedap juga, kecuali nasi ambeng yang last tu, kurang sikit. Maybe bukan specialty diaorang. Serve pun cepat, takyah tunggu lama.

 
16 Nov birthday Aqid. So dah alang2 berkumpul, celebrate la sekali. Nak cari kedai kek tak jumpa, yang ada kedai cupcake, ni pun boleh la.

 
Happy 5th Birthday Ahmad Aqid :D
Terima kasih ayahlong juga sebab belanja kami :D
 
 
**bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana di sini, bumi Malaysia kita masih boleh berjalan2 dan bergerak ke sana ke mari dalam keadaan yang masih lagi aman dan tenteram**
 
 
 

4 comments: