Thursday, December 30, 2010

Kasih Di Hujung Rindu : Bab 2

Bab 2 - Farah

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.

"Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?" Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.

"Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. It yang terawal hari ni. " Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan kami pun melangkah masuk bersama-sama.

Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.

"Terima kasih." Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak memandang akan wajah lelaki itu.

"Morning Farah." Sapa lelaki itu.

"Morning." Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul!

Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.

"By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul." Aku memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.

"Kau memang selalu awal ke?" Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.

"Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed." Balasku ramah.
"Lawa pulak aku tengok kau sekarang." Kata Kahirul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.

"Eh! Aku memang lawa sejak azali." Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.

Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh.

Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.

"Handsomenya!" Kata Hanim beria-ia. Aku hanya tersenyum senang.

"Aku rasa dia sesuai untuk kau." Kata Hanim lagi.

"Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun." Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.

Bersambung - Bab 3 : Farah

Wednesday, December 29, 2010

Memorable Raya '09 @ Oz

Early 2009 : Tahun ni raya kat Australia? Biar betul.. Issyykk seronok gak tu... . During that time, youngest sister-in-law, Nurul Akma is still studying at Melbourne University. Since dia dah ada kat sana, dan dah nak masuk final year, so in-laws pun plan nak celebrate raya kat sana. For me and the kids... yeeehaaaa.. pergi oversea tuhh...

Second day of raya, 21 Sept '09 morning, semua dah ada kat KLIA. Can't imagine how the kids could stand with the 8 hour journey, via MAS. Boleh ke? Tak bosan ke dia orang nih. . Alhamdulillah, flight ok.. layanan ok.. There were 12 of us going, 6 kids, 5 madams and my hubby is the one and only man in the group.

tuuu dia... punya la ramai manusia.. esp mat salleh, nak check in...

rombongan kanak2..

me and my kids..

Departure was at 10.05 am and we reached Melbourne - Tullamarine International Airport lebih kurang pukul 7.40 pm (4.40 pm waktu M'sia - 3 jam lewat).

dah boring.. tapi still ok sebab ada mini tv at the back of every seat, ada game, movie, cerita kartun, at least budak2 boleh layan..


the kids seronok dah sampai..

masing2 kalut isi form declaration..

with the luggage, tunggu paksu and maksu..

sempat main2 jugak..

Nurul and Ikhwan (the hubby), and another friend datang dengan 3 biji kereta. Then went straight to their friend's open house. Maklum la hari raya kan. Then we headed to the our so-called 'rumah penginapan', terrace with 2 rooms. Just nice...

Next : Tesselaar Tulip Festival

Kasih Di Hujung Rindu : Bab 1

Novel ni I dapat thru email somewhere in 2004/2005. It's not a happy ending, like the usual novel that we read. Cerita pun straight to the point, bukan bunga2 mcm novel remaja. Cerita yang menyentuh perasaan. I wanted to share with you, since I myself suka baca (a few times jugak).

I have tried searching for the author, and the source of this novel, tapi tak jumpa. If you happened to read this, dan tahu sumber2nya, please let me know.

Bab 1 : Farah

Matahari yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan tentang Khairul, duda beranak dua.

Linda, isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik. Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di utara Perak.

Aku ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan tengahari.

"Maafkan saya, ini Farah Amirakan?" Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku dengan senyuman.

Aku pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada di depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Ini akulah. Khairul." Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda tanya yang bersarang di fikiranku.

"Kau Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah... kau dah nampak lain sekarang. Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau." Kataku bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung.

Hatiku berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu berat yang menghimpit benaknya.

"Emm... maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku ketinggalan sesuatu dari kau?" Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit garis kekecewaan.

Aku memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu menjamah apa-apa makanan.
"Apa yang sudah berlaku?" Tanyaku tidak sabar.

Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.

"Linda... Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya." Jawabnya tenang lalu tunduk memandang meja.

Dan hari itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum dengan semangat yang dia tunjukkan.

Selepas itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu, sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba bergurau walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba melayaninya sebaik mungkin.

Khairul sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat barunya itu berjalan lancar.

Khairul seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.

Tapi, kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada Linda. Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya aman di sana.

Aku amat berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti tibanya hari tersebut.

Bersambung - Bab 2 : Farah

Sunday, December 26, 2010

Emak's Birthday

Since anak cucu masih ada di rumah, we have planned to buy a cake and a bouquet of roses for emak. Buat surprise gitu.. tapi kat rumah aje. As usual, kek Secret Recipe - Pecan Butterscotch. Kek ni best jugak la rasanya, but I prefer lagi cheese cake.. anything as long as cheese.. 

happy birthday emak..

cucu2 tak sabar nak tumpang skaki tiup lilin..



time to enjoy the cake..

dikelilingi anak2, menantu, cucu2..

Didoakan semoga mak sentiasa sentiasa sihat walafiat, murah rezeki, panjang umur, bahagia selalu dan seterusnya (panjang list), InsyaAllah..


Double Celebration : Dinner @ Kuala Sungai Baru

Yesterday, 25 Dec '10, was my parents anniversary yg ke 40. Tomorrow, 27 Dec '10 plak will be my mum's 62nd birthday. We have already planned for a dinner kat Kuala Sungai Baru. Kenapa jauh sangat ye dari PD?? Well, my father bukannya jenis yg makan kat luar. Macam mana pun musti nak kena masak dan makan kat rumah. Except for this kedai, he's ok. Lagipun tak jauh, it's about 30 - 45 mins drive. 

owned by Persatuan Nelayan Melaka Barat..

This time around, semua adik beradik dan ipar ada. Not even one pun yg miss. I knew that my mum must be very happy, surrounded by the children and grandchildren as well. My parents baru ada 3 orang cucu, next year will come another one. Tapi yang 3 org tu gempaknya macam 13 org.

25 kan cuti krismas, so we have already expected the crowd. Kami keluar pun awal skit. We all sampai, crowd still ok. Managed to get 2 round tables. Nasib kami baik, lepas duduk je, berduyun2 org dtg, siap kena berdiri kat tepi2 meja, tunggu org bangun. So bila dah ramai sangat, dapur dia pun jem agaknya, order pun lewat skit, dan makanan... ok lagi.. 

tengah pilih hidupan laut..
pakcik sebelah jeling je, issykkk apa byk sgt dia order nih..

tak cukup tangan nak melayan org ramai..


senarai harga.. tak la terkejut nanti..

Macam biasa, sebelum main course sampai, we ordered otak2 dan sata. Kami rasa sedap je.. Nak tunggu makanan sampai lambat, budak2 pun dah boring.. Siap makan dadih la, ice cream la.. So bila makanan sampai, perut pun dah suku penuh...


sabar menanti..

Main course dah sampai, jom layannn...


a must have - nasi lemak..

ikan serekut - masak tiga rasa dan masak sweet sour..


sotong goreng tepung..

ketam masak sambal.. ketam pun agak besar2..

kupang bercili..

makanan penuh meja..

Selain dari tu, telur dadar - makanan wajib. Udang ada dua jenis - goreng tepung dan masak sambal, kangkung belacan dan kailan ikan masin..

tersenyum kekenyangan.. alhamdulillah syukur nikmatnya..


ayah teh dan ibu teh (mak yong) - orang terakhir yg mengadap makanan..

Lupa pulak orang yang diraikan...

 our dearest mum - happy birthday..

our dearest mum n dad - happy anniversary...

Tak dapat plak snap photo both of them together.. Kebanyakan gambar candid.. All the photos ehsan from my sister, Hilya @ Boom2..  thanks very much..


Saturday, December 25, 2010

Pesta Buku @ PWTC

Yesterday afternoon,sempat ke Pesta Buku yang di adakan di PWTC. Rasanya macam mid of this year dah ada Pesta Buku Antarabangsa. Oh maybe dia buat dua kali setahun kot. Turun aje dari LRT PWTC, tengok la bunting kat tiang letrik tepi jalan... Laaa Pesta Buku Kanak-kanak rupanya.. My colleague pun ingatkan pesta buku untuk semua, tu yg dia plan nak beli novel kat Alaf 21. Takpe, dah sampai kan.. kanak2 pun ok la.. boleh beli utk budak2 nih...

signage dekat entrance PWTC 

Ada byk booth.. For example ada Fajar, Popular, MPH, Grolier, Karangkraf, (yg I ingat le..).  Baru nak jalan sikit sales rep dah ajak pi booth nak bagi explanation. Tu yang boring sket. Lagipun tak sempat dengar, ye la waktu lunch bukan lama sangat pun.. Beli la jugak the following books :

 for abang harith - supaya dia lebih expert tengok jam jarum..

 for hazeem - buku aktiviti..

for aqid - hadiah dari mummy..

Kalo bawak budak lagi seronok rasanya.. Geram2 tengok buku2 yg ada.. I bought the above books at MPH, ada 30% discount. Am trying my best untuk memupuk the kids agar rajin membaca, tak kira buku apa pun...

Thursday, December 23, 2010

Minggu Setem

Last Friday, during lunch, my colleagues and I sempat ke Berjaya Times Square.. Saja jalan2, haa.. this is my 2nd time ke sini.. Kebetulan plak Pos Malaysia ada bukak booth sempena Minggu Setem. Yang bestnya kali ni dilancarkan setem Upin Ipin (kerjasama antara Pos Malaysia dan Les' Copaque Production)..

Comel setemnya, gambo Upin & Ipin dan kengkawan. Setem canggih skit - tak payah letak gam atau air, dah siap pelekat sendiri. Selain dari tu, ada sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Lagi menarik, setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda. Jauh nak print tu..

Dah nama pun joint venture, so ada karektor la Upin & Ipin dan kawan2 nya sekali. Upin & Ipin datang nanti hari ahad. Sementara tu kami tak lepas peluang amik gambar..

Ismail

Ehsan

Sampul Surat Hari Pertama dan setem RM5

setem 60 sen dan cop sekali..

Cakap pasal setem, I ada jugak buat stamp collection.. tak lah sampai beralbum2..  Dah tua2 baru nak kumpul setemkan.. Thanks tu my colleague, Ayu, for sharing the same interest with me (dan bagi stem berlebihan)...

buku setem

koleksi setem Malaysia

koleksi setem Singapore

Selain dari tu, I suka jugak beli sampul surat hari pertama. Antara yang ada dalam collection, as follows :

Sampul Surat - Alat & Bahan Kesenian (2001)..

Presentation Pack - Alat & Bahan Kesenian..

Sampul Surat - Sidang Kemuncak Islam Sesi Ke 10 (2003)
yang belah kiri tu pewter

Sampul Surat - Tumbuhan Berubi (2009)
sekali dengan setem RM3 (yg besar) dan 30 sen (yg kecik2 tu)

Setem Hidupan Liar (1996)

Lepas ni I thought of joining (dah lama ada intention tapi tak kesampaian lagi) Filateli Club by Pos Malaysia, so that every time ada keluaran baru, I will get one copy. I hope that one day the above collections ni will benefit my kids and who ever.. Mana la tau, one day benda2 tu dah takde, at least they still have something untuk di lihat dan di rujuk. Kawan2 nak tengok pun boleh jugakkk...

Wednesday, December 22, 2010

Fun @ Cyberjaya

Last Saturday, took the kids and my mum to my sister's house. Hubby out station ke Penang for 5 days, sian budak2 tak ada apa2 aktiviti, so rasanya ni la yang paling best. Kat Cyberjaya Community Clubhouse ada playground yang besar. Adults pun boleh belasah main skali.. he.. he.. Ingat nak ke situ je, but the kids prefer to go for a swim .. Tak kesah la...

tak sabar nak jumpa ahmad aqid..

the trios..
yeahhhh.. we are ready to go..
tak bawak baju mandi.. yang ni pun boleh la...




fun at the pool..


ongah n aqid..



Dah dekat pukul 7.00 pm, time to go back.. Sempat singgah kat playground, next to the pool, jadik la kann.. Ingatkan malam nak dinner kat Saba Restaurant (Arab food) or Ayam Penyet Ria Cyberjaya.. Budak2 dah kepenatan, Hazeem dah tido pun.. At last, dial 1-300-888-333 - Domino's je kat rumah.. around 9.45 pm, headed back to PD..