Wednesday, October 31, 2012

Annual Dinner 2012

20 Sept '12 - dinner opis kat Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Tema tahun ni - Heroes and Villains.  Masa awal2, ada juga rasa teringin nak dress up ikut tema. Tapinya nak pakai sut apa pulak? Rasanya paling sesuai, ikut saiz jadi witch aja la kan.. Takkan nak pakai costume catwoman pulak.. auuwww tak sehsuai sungguh.  Malas nak fikir2, sudahnya pakai je tema Nur Kasih, bak kata Salfa.
 
 
Seronok tengok kawan2 yang dress up malam tu. Ramai juga, cuma tak sempat nak singgah dari sorang ke sorang nak amik gambo. Ada juga yang kami tak cam, berteka teki sampai ke sudah sebab tak tau sapernya orang tu. 
 


My habibi jumpa Faris, jiran bilik sebelah masa sama2 menuntut di ITM Shah Alam.
 
Department mate - hot couple kat Bursa, bak kata Ayu. Ni la dia tema kami - Nur Kasih he he..
  
 

 
 
Welcome to Bursa Malaysia Annual Dinner 2012.

CEO the Batman, halfway dah buka mask, kepanasan.. camner nak menyamar nih.. 

Emcee who did a great job - Abang Naz (TV3). Kami memang suker.. pandai berceloteh dan menghidupkan suasana.

Harith the comedian - kami dok asyik gelak jer dengar ceritanya walau dah beberapa kali dengar cerita yang sama.

Ada juga Dayang Nurfaezah yang menyanyikan lagu2 buat kami.  Power gitu suaranya.
 
Kami makan sambil dihiburkan oleh orang2 kat atas stage.
 




 
Then, move on ke acara yang ditunggu2 :

Top 5 Male Best Dress

..of kos Hantu Cina yang menang.. rantai terung jahit sendiri maaa..
 
Top 5 Female Best Dress. The Red Riding Hood unable to go up on stage due to an injury.. get well soon dear..

Tak tau karektor apa yang menang first placing.. Tak pernah tengok plak.. Seb baik Lady Hitler tak mengamok..

Couple Best Dressed - Sorang jadi Darth Vader dan sorang lagi berkostum kimono.. apa2 je la.. 

Ada kamera tak canggih, takleh nak zoom dari jauh. Nak ke depan stage ambil gambar memang takkan ada la kan. Baik dok kat meja sambil makan. Seb baik ada skrin besar kiri kanan, ha dapat juga snap gambar2. Tu yang gambar jadi lain dari yang lain, seb baik ok (perasan sendiri ha ha..)
 
 
Berbunga2 rasa dihati dapat Lucky Draw hadiah ke 102 he he..
 
 
 

Tuesday, October 30, 2012

Aidil Adha 2012

 
Sambutan Hari Raya Haji yang biasa. Tahun ni tak berapa nak raya sebab kesihatan emak yang tak berapa memberangsangkan. Namun, tradisi korban tetap diteruskan.
 
 
Si Hitam (pandai2 je bagi nama kat lembu sekor nih) sampai di rumah sehari sebelum raya. Walaupun nampak kecik tapi berat dan banyak isinya. Abah letakkan Si Hitam kat belakang rumah jer.
 
 
Si Hitam dah siap sedia untuk dikorbankan. Walaupun dah diikat kakinya, tetap kuat melawan. Ada la lapan orang yang memegangnya.
 
 
Si Hitam dah tumbang. Pakcik Dzarib, orang yang dipertanggungjawabkan untuk sembelihan korban di kampung kami, sama ada dibuat di masjid atau rumah. Pakcik ni akan sentiasa on call, bila lembu dah siap, telefon aje, sampai lah beliau. Selebihnya kami yang akan setelkan.
 
 
Seperti biasa, ayahcik.. Kalau ada award paling bergaya, pasti ayahcik akan pegang bertahun2 :D (jangan marah naaaa..) 
 
 
Pandai abang Aqid jaga adik. Affan dah admit to Salam kat Senawang before raya, tapi abinya mintak kuar sehari semalam sebab nak sambut raya kat rumah. Tu tangan pun masih berbalut lagi kesiann..
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar2nya.
 
 
 

Saturday, October 20, 2012

ZC @ Nilai 3

Singgah di kedai ni semasa mencari reben untuk buat bunga pahar majlis kahwin Ira. Dua kali datang ke Nilai 3, mesti ke sini.  
Kalau tak salah, yang ini main shop. Ada branch juga di sekitar Nilai 3 ni. So if barang kita cari tak de kat kedai ni, dia akan check kat kedai lain kalau ada stok.   
 
 
Tak mau citer panjang. Jom kita zoom in apa yang ada dalam kedai ni, itu pun tak dapat capture semua. Ok, let the photos do the talking. 
 
Section ribbon dan barangan berkaitan perkahwinan.
 


 
Section bakul pula.

 
Section hiasan barangan kaca. 


 
Dan yang paling saya suka suka suka - bunga2an. Geram2 tengok bunga yang ada. Rasa macam dok dalam taman aje.






 
Then, bahagian patung hiasan. Comel2 pulak tu patung2 ni dengan kaki yang terjuntai2.




 
View dari luar kedai. Begitulah seadanya.