Sunday, March 27, 2011

A-Day Trip : Sitiawan - Lumut

Last week, Saturday, 19 Mar '11 - kami ke Sitiawan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan En Hubby. Jauh tu ke Perak nunnn... Kami bertolak awal pagi. Pagi tak pagi pun lebih kurang pukul 9.30 am jugak.  Kami ikut Guthrie Corridor Expressway, Tanjug Karang, Sg Besar, dan sampai Sitiawan lebih kurang pukul 1.00 pm.

Selamat Pengantin Baru Fendi & Fatin..
 
Dah alang2 sampai ke Sitiawan, kami meneruskan perjalanan ke Lumut, yang tak sampai 10 km dari situ. Dah bertahun juga kami tak sampai ke sini - untuk ke Pulau Pangkor. Pekan Lumut dah cantik dan membangun.

tempat menunggu feri untuk ke Pulau Pangkor..

 welcome..

landscape di tengah pekan..

pusat penjaja berhadapan terminal jeti..



 Bila dah ke Lumut, mesti nak membeli barangan hasil laut, seperti ikan bilis, udang kering, ikan kering dan keropok2. En Hubby kata pi la turun sorang. Dia dok ngan bebudak dalam kereta. Ok sangatlah tu. Senang nak membeli. Singgah di kedai No 5 - Rahmah binti Din, orang Melayu kita. Sempat borak2 dengan pakcik empunya kedai.

Saya tanya pakcik takde ke orang kita yang keluarkan hasil laut ni, especially makanan hasil laut Pulau Pangkor. Selalunya memang ada cop nama Melayu, tapi itu hanya untuk pembungkusan, bukan pengeluaran. So kalau orang kita baca, tengok Melayu, ok je nak beli. Then pakcik tu kata, sekarang ni memang dah takde taukeh orang Melayu. Semuanya bangsa Cina yang empunya. Tapi kalau nak beli, cari yang ada jenama Hasil Laut Sri Pangkor. Katanya Insyaallah, walaupun taukeh Cina, tapi yang menghasilkan semuanya orang Islam.  

Dibuat oleh : Hasil Laut Sri Pangkor..

Masa on the way datang, selepas dari Sungai Perak, ada banyak gerai menjual air kelapa dan nira. Waduh kepinginnya minum masa cuaca panas2. Hasrat hati nak berhenti minum, tapi tak kesampaian plak. Kami meneruskan perjalanan. Sampai di Sungai Besar, banyak pulak gerai2 yang menjual buah-buahan, jagung, keladi, air jus dan banyak lagi. Haa mentarang pun banyak - tapi sendiri pun tak tau macam mana rupanya. Sempat berhenti untuk minum jus mangga yang dingin.

gerai yang terpilih..

beli la juga jeli kelapa (best), tapai ubi kurang manis dan sambal pedas manis (campuran kacang, ikan bilis dan pisang!)

jagung segar2 dan besar2..

Next : Restoran Satay Hut..

2 comments:

  1. patutlah masa balik pee dee hari tu mak cakap edi ada bagi keropok...beli kat sini rupanya ye :)

    ReplyDelete
  2. biasa la.. beli kat lumut, tapi asalnya dari pantai timur jugak.. tapi sedapkan keropoknya...

    ReplyDelete