Tuesday, October 25, 2011

Hasil Kebun

  Last weekend abah kata cili padi banyak tak berpetik kat pokok. Rasanya macam dah lama jugak tak menjejakkan kaki ke kebun belakang rumah. Jadi I pun merajinkanlah diri untuk melawat kawasan. Tengah petik cili, kakak plak telefon.. "Ambil daun turi sekali, nak masak asam pedas." 

On the way balik, ternampak bunga kantan yang tengah banyak berbunga. Geram pulak rasanya..

pokok kantan yang agak besar..

bunga kantan dicelah2 rumput dan lalang.. 

hasil kebun - cili padi putih, limau kasturi, daun turi dan bunga kantan..

Mau berpeluh jugak la memetik hasil walaupun tak sampai 2 jam di bawah sinaran matahari..  Tapi ok lah kan, tak perlu nak ke kedai membeli sayur untuk hari ini..

Tuesday, October 18, 2011

Visit to an Optometrist

Spec Harith patah,  masa bergaduh dengan Hazeem.  So nak tak nak kena la ke kedai cermin mata buat spec baru..  Kami dah biasa dengan uncle optometrist ni (kat pekan PD)..  So buat macam kedai sendiri je :D

kena re-test power.. naik lagi.. 

Kebetulan ada a few customers yang uncle tu has to entertain, so kami ambil kesempatan untuk mencuba spec2  for display nun atas rak yang tinggi.  Assistant dia yang sporting dan baik hati dok melayan kami bertiga.

spec mickey yang memang chumel..

ibungah tak mau ketinggalan sama nak try..

hat ni yang lagi besar pun ada..

At the end,  Harith dapat spec baru.  Untuk tak membazir, and in case of emergency, glass yang lama pakaikan frame baru (buat spare).. 


Sunday, October 16, 2011

mOvIe dAy

Harith dan Hazeem nak sangat tengok movie Cars 2. Ibu dan ayah tak sempat2 nak bawak tengok..  So kebetulan supermaksedara - ibucuk bercuti. Ibucuk dengan senang hati nya bawak budak2 ni tengok kat TGV Seremban 2, walaupun masa tu Hazeem tak berapa sihat sangat. - 

nak tengok cars tapi posing kat smurfs..

ole2 cars..

Ternampak plak combo Cars yang ada air dan popcorn, lagi la budak2 ni pun beli la.. Ha ibucuk pun sanggup beli tu.. Takpe buat collectible items kan.. 

To ibucuk :

Time kasih daun keladi
Next time boleh pegi movie lagi

supermaksedara ibucuk  :D

Monday, October 10, 2011

Blueberry Cheese Tart

The first entry on baking membaking.. He he actually yang ni second time buat.. The first time was before raya. Tapi rasanya yang ni lagi proper sket kot.. 


Shell tart beli dari ellie.  Murah pun murah, sedap, rangup dan tahan lama.


Dah siap letak dalam papercup dan susun dalam dulang.


Bahan2 :
250g cream cheese
50g gula castor
30g butter
1 biji telur gred A
1 sudu besar whipping cream (yg sejuk)
Blueberry perisa fruit filling (ikut suka filling apa)

Cara2 :
1. Pukul cream cheese + butter + gula hingga kembang
2.   telur dan pukul lagi.
3Masukkan whipping cream dam pukul sebati.
4.  Masukkan dalam piping beg
5.  Masukkan kulit tart kedalam papercup kecil.
6.  Paipkan sedikit fruit filling dan paipkan pula adunan cheese filling hingga penuh.
7.  Paipkan sedikit fruit filling diatasnya dan lorekkan dengan lidi.
8.  Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.


Taraaaa.. dah siap..  anak2 sangat gemarkan cheese tart ini..  termasuk la ayahnya sekali :)


Sunday, October 2, 2011

Raya @ Johor Bahru

5 Shawal 1432 bersamaan 3 September 2011

This year, raya paling jauh kami pergi - ke rumah Paklong (abang kepada emak) di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Memang dah plan raya ni nak ke sana.. Kami pergi hanya dua kereta, hajat nak bergerak awal agar cepat sampai.. sudahnya lambat juga bertolak.  Sampai JB dekat pukul 3, memang time perut tengah lapar he he.. 


tuan rumah - paklong dan maklong :)

Masa kami confirmkan nak datang, paklong dah siap bagi menu.. nak buat nasi ambeng dan gear box.. ingatkan sup gear box lembu ke.. rupanya  gear box kambing..  Memang kami look forward nak makan nasi yang mabeles and yummylicious itu..

taraaaa... penuh satu dulang..


anak beranak makan sedulang..


orang ambeng dalam dulang, kami pinggan juga..


family kak lin - sama2 tinggal pd tapi berjumpa di jb..




tengok orang lain makan gear box macam best aje..

cheese tart yang bentuk bulat..

Setelah perut dah reda sikit, kami pun minta diri nak ke Danga Bay plak. Saje nak jalan2.  Maklum la dah sampai situ kan.. Apa yang ada di sana?? Haa.. boleh la setakat nak bagi budak2 seronok..

tak jauh dari skudai pun..

abi, umi dan affan..

with nenek tom.. posing time..

ada indian wedding ceremony - dia chartered kapal ni, 730 pm bergerak.. 

ooppp.. stop..stop..

tunggu train dengan ayahcik..
 
affan pelik sikit sebab dapat naik train..

then naik jumping frog.. muka nervous tu.. 

stop kat sini kejap.. membasahkan tekak..

antara menu yang ada..
 
Sebelum matahari terbenam, kami pun bergerak balik.  Tak sangka pulak perjalanan melalui highway PLUS begitu lancar. Alhamdulillah sampai PD lebih kurang pukul 10 malam.