Wednesday, December 19, 2012

Wedding Hani & Shaiful

 
8 Disember 2012 : sister-in-law, Hani dan Shaiful selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.
 
 
A sweet combination of grey and white, I likeee... 


 
 
 
Hantaran dari pihak pengantin perempuan, hasil kerja tangan pengantin sendiri. 

 
Tak ketinggalan Asma' dan Nusaybah yang ceria dan gembira di hari berbahagia makcik.
 
 
Pengantin lelaki tenang menanti masa untuk diakadkan.
 
 
Pengantin perempuan yang jua sedang menanti untuk dipanggil bersama2 untuk menyaksikan acara akad nikah.
 
 
Rombongan dari pihak lelaki yang memenuhi ruangan.

 
Anak2 buah yang turut sama berkongsi kegembiraan buat makcik.

 
Acara membatalkan air sembahyang.

 
Tadi elok duk kat atas, tengok sekali lagi tengah menjamu selera pulak.. sure masing2 dah lapar ni..

 
Pengantin dah tukar baju, untuk sesi photography..

 
Tadaaa.. kami pun nak juga bergambar dengan pengantin..
 
Selamat Pengantin Baru buat Hani dan Shaiful.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
 
 
 

Saturday, December 1, 2012

Department Lunch @ Kelab Shah Alam

Ahad, 18 Nov 2012, our lady boss Ms Deepa belanja kami makan di Kelab Shah Alam. Ni second time kami makan di sini.
 
 
Kami menjamu selera di restoran sini.

 
This is consider department's family gathering, boleh angkut seisi rumah he he.. Table ni dipenuhi oleh family Salfa and myself.

 
Yang ni pula family Ayu dan Khairul.

 
Dan family boss serta family Malar.


 

 
Since mem buat setahun sekalikan, so banyak la food yang dah siap di ordernya.  Memang kenyang makan lauk ajer tengahari tu. Ni belum masuk sayur 2 jenis lagi. Haa kenyang sampai ke makam.
 
 
Kesimpulan food yang ada. Sampai tak muat la tempat putar tu nak letak pinggan lauk

 
Anak2 bila dah berjumpa apa lagi. Makan sikit tapi main lebih. Kat restoran ada stage pulak tu, lagi best dia orang main guling2.
 
 
Men's talk.

 
Dalam pada tu, sempat juga mem beli kek untuk meraikan birthday Khairul yang baru lepas. Dan juga Azwin, mem punya nephew.

 
Yang dok tepi tepi tu kunun ada harapan nak tiup lilin la tu..

 
All of us..

 
Last year pun posing kat sini dan gaya macam ni juga.

 
Thanks for the yummylicious lunch, boss. Dah makan kenyang2 ni, kena lebih rajin lagi buat keje kat opis nooo..
 
 

Tuesday, November 27, 2012

Larian Jom! Kitar Semula & Habitat

Sabtu 17 Nov 2012 - kami merajinkan diri menyertai Larian Kitar Semula 2012. Larian serentak di 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk mengesahkan penyertaan, peserta perlu menukarkan suratkhabar, botol plastik, kotak minuman tetrapak atau tin aluminium untuk dapatkan t-shirt dan no. penyertaan.
 
 
 
Kami masuk kategori Fun Run,  tapi yang peliknya dapat kod B dan C. Bila check balik kat website, kod Fun Run ialah I. Kod B untuk murid sekolah perempuan dan C untuk remaja lelaki, boleh gitu?? 

 
Hooo.. don't play2 arrr.. Steady jer atuk ni nak join larian ni.
 
 
Melangkah dengan penuh bersemangat ke tempat permulaan.

 
Mereka lepaskan larian ikut kategori. Ni sungguh run to win.
 
 
Eh macam kenal je orang itu.. ohh Faisal Ismail la..
 
 
 
Jom lari (tapi kami jalan je) he he..
 
 
Sempat lagi posing.. bila lagi kannn.
 
 
Kami dapat t-shirt ni tapi kaler biru. Anak2 warna hijau. Ok, ingat tau no telefon ni, esok2 nak buat aduan senang.

 
Yang ni pulak lain t-shirtnya. Kalau tak silap, salah satu syarikat yang sponsor or sertai larian ni. Kami dah tersalah masuk group nak lari daaaa.
 
 
Sang semut dah tunggu kat tepi laluan untuk bagi sokongan moral. Baru 3 4 langkah dari garisan permulaan, dah stop nak posing dengan maskot nih..

 
Yeeehhaaaaa.. lari jangan tak lari..

 
Kami berjalan melalui Istana Kehakiman..
 
 
Ada juga Jabatan Penerbangan Awam..

 
Fountain ni dipanggil Flora & Fauna.. 

 
Dan juga Perbadanan Putrajaya.. Ohhh ini ke? Baru tau, tak pernah tengok sebelum ni.

 
Akhirnya sampai kami ke garisan penamat. Orang lain seronok berjalan, Hazeem sepanjang jalan mengomel aje. Tak larat la, jauh la.. Ha tu sebab kena biasa2kan bawak berjalan kan.

 
Macam penat sangat berjalan/berlari.

 
Nak tunggu cabutan bertuah lagi satu jam. Ada la 8 biji motor untuk dimenangi. Kami tak larat nak tunggu. Terus kami balik dulu.

 
Balik rumah dulu??? Takde maknanya.. Kami singgah ke Medan Selera Precint 9 menikmati mee rebus dan nasi lemak yang best itu, ikut kata ibungah. Ha ha tadi dah buang kalori, ni tambah balik.. rasa macam tambah tu lebih dari yang buang :D