This morning, we had breakfast at the hotel. By 10.00 am, kami dah siap nak tour bandar Surabaya. Pak Ghani, supir kami, was recommended by the security yang kerja di hotel tu. Kami sewa kereta Innova dengan harga IDR500,000 for 12 hours.
Masjid Sunan Ampel
First kami stop di sini,ingin melawat masjid kedua terbesar di kota Surabaya. Sebelum sampai ke masjid, harus melalui pasar yang menjual pelbagai barangan, baik barangan kelengkapan solat/haji, makanan, buah2an, kurma, pakaian dan tak ketinggalan cenderahati. Tak putus2 pelawat yang datang ke sini, sama ada ke pasar atau pun masjid, menjadikan kawasan ini sentiasa sibuk.
ini yang dituju anak-anak sebaik turun kereta..
pintu gerbang facing main road..
persekitaran masjid..
senibina dalaman masjid..
makanan yang dijual penduduk tempatan.. hanya boleh lihat aja..
orang ramai yang membanjiri kawasan ini..
House of Sampoerna
Then kami berhenti di sini pula. Sebuah bangunan berbentuk Dutch colonial yang dibina pada tahun 1862 dan telah dibeli oleh pengasas Sampoerna, Liem Seeng Tee pada tahun 1932. Kawasan yang dikategorikan sebagai tempat bersejarah di kota Surabaya, dan di sini juga terletaknya perusahaan rokok Dji Sam Soe. Di kawasan ini terdapat sebuah museum, art gallery, kedai yang menjual barangan cenderahati dan sebuah kafe.
semuanya ada di sini..
one of the buildings..
it's all about house of semporna..
founder's first stall and later on..
daun tembakaunya..
amongst the museum exhibits..
sampoerna group of companies..
perusahaan yang boleh dilihat dari lantai atas..
Selain dari itu, di lantai atas, dapat dilihat dengan lebih dekat lagi cara pembuatan rokok ini oleh 6 orang karyawan di dalam sebuah bilik kaca. Kami begitu kagum dengan kecekapan mereka bekerja, yang mengalahkan mesin. Sambil bekerja siap boleh senyum lagi kepada para pengunjung, dengan tangan yang ligat bergerak. Kalau ikutkan, dilarang mengambil gambar di sini tapi kami dapat juga dapat a few shots (kecuali yang 6 karyawan itu).
rolls royce koleksi putera sampoerna..
bus yang menyediakan perkhidmatan tour kota..
Masjid Cheng Ho
Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya ini terletak di Jalan Gading, Kelurahan Ketabang, Kecamatan Genteng bersempena nama Laksamana Cheng Ho yang berasal dari China dan beragama Islam. Masjid ini dibangun dengan konsep tanpa pintu sebagai simbol keterbukaan. Bentuk masjid menyerupai pagoda dan berwarna warna merah, hijau dan kuning.
Ketika kami sampai, sebuah majlis perkahwinan sedang dijalankan dan kami tidak pula berhenti untuk singgah memandangkan jemputan sedang menikmati makanan yang dihidangkan di pintu masuk masjid :)
Ayam Goreng Nyonya Suharti
Kami berhenti untuk lunch di restoran Nyonya Suharti. Restoran ini telah disyorkan oleh doktor di Hospital Putrajaya (pernah menuntut di sana) yang merawat ibungah semasa ditahan di hospital akibat demam denggi, seminggu sebelum percutian kami.
restoran terletak di jalan utama..
pilih saja mana yang mau..
specialty - ayam gorengnya, memang enak, kalah kfc.. selain dari itu, ada macam ala-ala satar malaysia, gado-gado dan our favourite telur dadar (yang digoreng seketul seketul)..
teringin juga cendol indo..
Setelah perut terisi, kami meneruskan perjalanan ke Jembatan Merah Plaza. Memang segala-galanya ada di sini. Cuma larat dan tak larat saja nak berjalan. Di Surabaya kami amat tercari2 fridge magnet (fm) untuk dijadikan sebagai buah tangan. Yang kelakarnya, puas kami terangkan apa itu fm tapi mereka tak faham. At last baru kami dapat tau di sini ianya dipanggil tempelan kulkas (kulkas itu peti ais).
the one and only photo yg ada jmp..
Ibunda dah tak larat nak berjalan dan anak-anak juga dah kepenatan. Jadi kami ambil keputusan untuk hantar mereka balik. Then kami teruskan pencarian ke Pasar Turi pula tapi masih juga tak berjumpa dengan fm.
lain yang dicari lain yang dapat..
Kami sempat singgah ke Galaxy Mall. Hanya beli birthday kek untuk Aqid, as his birthday falls on 16 Nov. Kesian Ahmad Aqid, birthday celebration simple aje. And our last destination for the day, Giant Hypermarket, macam kat Malaysia takde kan. Kami banyak beli kerepek dan keropok, sebagai buah tangan juga.
cake sponsored by ayahcik..
as usual, birthday seorang, tapi everyone take turn nak tiup lilin..
Kami berlima cuma makan mee segera yang dibeli di Giant, as our dinner. Tak tau la tapi rasa kepingin banget. Dan rasa macam dah tak larat nak makan makanan indo. Then kami start packing, as tomorrow will be our last day in Surabaya.
Day 5 : Farewell Surabaya
bestnya surabaya..teringin nak pi jugak...
ReplyDeleteakak suka food kat sana
ReplyDeletetotie :
ReplyDeleterecommended.. esp malang dan bromo..
best.. best..
kak kasih :
yes kak.. food dia okeh banget.. tp tetap rindu dgn masakan m'sia :)..
Hari tu i gi 2 mlm ajer....x sempat ke bromo sbb ditutup utk pelancong....meletuss. Nampaknya i kena repeat lg.
ReplyDeleteiye leez.. harus kena repeat lagi nih :)
ReplyDeletecantik plak tgk gmbr2 tu bila da up kat dlm blog...pandai fotografer ppuan tu kan...ekeke..
Deletebaca blog ni da mcm baca karangan budak spm...ehehe
fotografer ppn ada 3.. yg mana 1 ek??
Delete