Saturday, July 28, 2012

Ole2 from the Islands..

Cenderahati dari ibucuk yang pergi merehatkan minda di tepian pantai, sambil ditemani hidupan laut.

first fm from the island

dokoh dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu

Yang ni pula dari ayahcik yang merantau ke negara orang, jauh perjalanan luas pemandangan.

pun sama, first fm

setiap anak buah dapat satu set, exercise book dan pencil 'now everyone can fly'

back page - this book is made of 100% recycled paper; sayang pulak nak guna

papan tic tac toe - comel; untuk nenek tom

~ thank you all :D ~



Thursday, July 26, 2012

Si Manis Melon

Yang ni pula buah melon (tembikai susu), beli minggu lepas di tempat yang sama. Satu kotak ada 5 biji dan berat sekotak lebih kurang 12 kg. Purata dalam 2 - 2.4 kg sebiji.


Memang amat manis buahnya. Tak rugi membeli. Gambar bawah - sebiji buah dah dipotong2. Dapat satu bekas besar, untuk jamuan makan di ofis. Buah ni beli the day before, next day dah potong. Lagi sedap kalau simpan 2 3 hari lagi, bagi masak sikit, lagi best.


So rasa2 kalau nak buat kenduri dan makan buah fresh, boleh la singgah ke Pasar Buah Selayang. Tapi kena la beli dalam kuantiti yang banyak. Ada dua buah kedai di sini - Great Harvest Fruit dan Harvest Impact.

*rasa macam duta kedai tu pulak sebab asyik promote buah kat situ ho ho!*





Wednesday, July 25, 2012

Cherry Season

Fruits again. And again another visit to Pasar Buah Selayang. Kenapa tah kami dah suka plak makan cherry ni. Maybe it's affordable since we got it at a very cheap price (sebab beli borong la kan!)

la memang tengah banyak cherry di pasaran.. according to the tokei kedai tu, tengah malam cherry sampai, esok stock dah clear

biasa tengok red/black cherry, now we bring to you the white one.. ha ha kami pun baru first time tengok

close up white cherry - geram tengok sebab berkilat2

normal cherry yang kami selalu beli

this time around, in comes in packs per box, before this lambak dalam satu kotak.. and today we got the chepest price compared to the previous, which was RM28.90 per kg, as for the white one RM40.00 per kg, can't compare since this is our first time buying :)



Tuesday, July 24, 2012

Cameron Highlands : MARDI Agro Tech Park

Third check point, ke Agro Technology Park pula. Masa sampai, hujan agak lebat. Kami redah juga sebab dah sampai sini. Ada entrance fee tapi lupa la pulak.

the information centre

Di sini ada macam2 plot dan yang bagusnya setiap plot berbumbung. So tak ada masalah walaupun hujan. Cuma nak bergerak dari satu plot ke plot lain yang terpaksa berpayung.  

plot strawberri

plot bunga2an yang luas dan ada bemacam2 jenis bunga 

bunga clock vine atau juga disebut lady shoes yang bergantungan di merata tempat.. memang cantik

pokok periuk kera yang besar2 periuknya juga bergantungan

rose oh rose

buaian ni yang cantik dan sesuai dok kat sini, anak2 berjumpa kawan baru

suasana yang damai.. dapat pulak kalau minum teh panas2 dalam cuaca sejuk.. arrgghhh marvellous

plot buah2 pulak, buah pir versi cameron

dan juga apel

dan pokok anggur yang masih togel lagi

Yang berikut pula plot sayur2an. Macam2 jenis sayur2 untuk kegunaan harian terdapat di sini. Was telling my friends kan bagus kalau ada kat rumah, kalau nak guna cili, petik aje, nak ulamkan salad, amik aje, nak masak kucai, cabut aje.. best kan!

Antara yang ada di sini :

leko @ leek

parsley

cili cameron

buah labu air, elok aje tergantung, besar2 amat.. tah apa baja la dia guna

purple cauliflower

root bit

jintan manis

brussel sprout - miniature cabbage like (kat batang pokok)

salads

daun kucai yang gemuk2

plot untuk jualan pokok2

Stesen MARDI Cameron Highlands

Ada banyak lagi kawasan yang kami tak sempat pergi, antaranya English Garden, Rose Garden Orchid Garden and few others. Hujan makin lebat yang agak menyukarkan kami untuk bergerak. So we decided terus balik aje..  

On the way nak turun, sempat lagi singgah ke Cameron Valley Tea House, minum teh panas..

meh jemput minum  

orang ramai amat, queue pun panjang

masih lagi hujan

Bye bye Cameron, will make sure that we'll come back here again, insyaAllah..



Monday, July 23, 2012

Cameron Highlands : Strawberry Farm

Next check point, kami ke kebun strawberri pulak.  Ingtkan nak singgah ke Kasimanis, tapi terlepas simpangnya. So the next farm will be this one. Singgah je la, janji dapat tengok pokok strawberri. 

betul2 bersebelahan dengan rumah persekutuan

ini dia pokoknya, geram aje rasa nak petik2 buah strawberri tu dan terus ngap kat situ

anak2 menikmati ice cream sambil melihat panorama ladang strawberri..

selain itu ada juga tanaman kaktus dan pokok2 bunga

harga lebih kurang sama dengan pasar tani, cuma holder nya mahal sket 

ada juga pokok bunga raya, besar bunganya, rasa macam nak beli tapi nanti susah pulak nak angkut.. takpelah next time

Lupa nak survey pasal ladang strawberri before pergi. Tu yang singgah aje mana yang nampak. Now dah tau, so if nak pergi lagi next time, should go to either Al-Masyur atau KHM.

Kami tak lama pun kat sini. Masa nak balik, awan dah gelap. Hujan dah mula turun. Then my habibi tanya, nak ke Agro Park jugak ke? Nak nak nak.. Ok jom :)





Sunday, July 22, 2012

Cameron Highlands : Galleria Time Tunnel

Dah check out from hotel, masa untuk buat lawatan pulak. First check point - Galleria Time Tunnel, the first memorabilia museum in Malaysia. Whats so special about here? Antique collections dari zaman terdahulu. Maybe pada awalnya the owner keep all those things as collections, end up dah banyak agaknya. Why not share them with others kan. 

down the memory lane

adult - RM5, kids - RM3

Jom kita tengok apa yang ada :

 

 


 
macam2 ada

penimbang dan mesin kira antik

ni musti peminat p ramlee

dapur dulu2

kasut platform.. tinggi sungguh, mau terpelecok masa pakai

mainan kanak2

pelbagai jenis mercun dan bunga api

kalendar lama2 pun ada

giant battery

mainan kami adik beradik masa kecik2, suka sesangat.. cakap dengan ibungah, kalau benda alah ni ada dipasaran, memang dah beli.. ada ker??

Cameron - past and present :




dalam kenangan - lawatan sekolah (me and my habibi) ke cameron dan kami 1 bus stay di sekolah convent ni ;)

Proud to be Malaysian :



Mungkin orang kata tak la best mana pun kat sini, but for me looking at the displays boleh mengingatkan kita pada zaman dolu2. The kids pun seronok masuk sini tengok barang2 lama, which some of the items, they themselves have never seen before. Salute the owner, for such an effort.