Saturday, July 21, 2012

Cameron Highlands : Pasar Tani & Pasar Sayur

Next day, pagi2 lagi kami dah keluar ke pasar tani di Brinchang. Tak puas hati sebab last night tak dapat ronda betul2, selain dari hujan yang agak lebat. Tak banyak sangat stall di pasar tani compared to pasar malam.


Suka tengok... Before this kalau datang, tak berapa rasa nak membeli sebab rasa payah nak angkut. Dapat tengok pun cukup. Tapi kali ni rasa macam best pulak kalau membeli. Yang ni dijual 7 pasu RM10, if besar sikit 3 for RM20. Kalau hayat tak panjang tak la rasa ralat sangat kan (statement orang malas nak belai pokok). 


Selain dari tu, ada jugak pokok2 nih, tapi tak berapa banyak. Tapi hat kaktus sepokok tu memang la besar dan cantik. Kalau nak tanam sendiri sampai besar macam tu, mau makan tahun2 agaknya. Takpelah, dapat yang kecik pun dah ok.


Siap ada holder dia pulak. Macam2 la dia orang ni, ada aje benda nak dijual kan. Yang tukang tengok plak rasa macam gatal je tangan nak membeli. 


At last, bought these for myself selepas beberapa ketika dok menangok depan gerai akak tu. Suker suker suker... Hopefully they will grow well :)


Dalam masa yang sama, si kecik ni (tak kecik mana pun) dok merengek nak kan benda yang atas kepala tu. Agaknya mesti dia ingat rasa macam best dapat pakai benda alah ni kat tempat2 sejuk walau tak sesejuk mana pun (fefeeling macam kat Melbourne plak!).


Singgah di gerai ni beli jem strawberri hasil produk melayu. Rasa teruja, ada juga orang melayu yang menceburkan diri dalam bidang ni. The last time I came, rasanya belum ada orang kita yang buat.


Dah habis round pasar tani, kami sambung plak ke pasar sayur yang sebelah Hotel Equatorial (tak perasan la namanya). By this time kenderaan dah mula banyak, orang dah pun makin ramai.


Geram sungguh tengok bunga2 ros yang pelbagai warna ni..


Yang ni pulak bunga2 kering. Pun cantik2 juga. Myself memang dah set in mind no bunga2 this time. Next time maybe.. 


Kat sini pun banyak pilihan pokok2. Nampak tak sunflower itu? Amat cantiks sekali. Ok next time juga..


Yang ni baru ye.. Fruits. Geram tengok orange yang kuning2 dan besar2 tu. Dah pergi a few stall, dan mereka kata tu orange Cameron, ada dua jenis satu isi warna kuning, lagi satu merah, yang akan berbuah setahun sekali dalam bulan Nov and Dec. Wallahualam. Myself dapat la beli yang isi merah, sedap dan manis, texture macam pamelo.


Kami stay kat sini. Itu pun last minute baru dapat sebab ada room  cancellation by others. Before this dah cari few hotels, kebanyakan penuh. Tu yang Cameron pun sesak semacam je. Ramai pengunjung waktu nih. Wrong timing datang bercuti.


Kali ni pergi tak beli sayur dan bunga. Tapi banyak borong sweet potato, jagung dan teh. Dah siap membeli semuanya kat sini, kami pun balik hotel, terus check out dan menuju ke next pit stop, Time Tunnel..  

  

2 comments:

  1. Kat al mansur kot nama tmpat dia... Ada aiskrim stoberi... Jem... Kira tmpat tu org melayu islam punya ladang... Dah pi dgn mak ndem n aqid

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 tmpt kalo tak salah.. satu KHM lagi satu tu al masyur.. lupa nak check sebelum pergi.. ok next time kita pi lagi..

      Delete