Wednesday, September 12, 2012

Wedding Aliff & Shikin


Last last weekend kami ke rumah cousin, Abang Pie yang buat kenduri kahwin menyambut menantu perempuan. Anak2 kepada cousin2 belah abah semua dah besar2, so sekarang time mereka jamu kami dengan nasi minyak.


Pengantin yang sama hensem dan sama comel. Tema kuning dan putih, nice combination.


Bunga pahar dan cenderahati buat tetamu.


Kami datang sebagai tetamu, almaklum dah guna khidmat katering kan, tak yah kami singsing lengan baju angkat pinggan lagi hi hi (alasan yang boleh terima pakai). Ibungah dan ibucuk bersama Kak Siti, jiran yang jumpa setahun tak sampai 3 kali.


Pengantin di red karpet.


Nak juga bergambar dengan pengantin. Weekend tu kami jadi baby sitter Apan, uminya still berpantang. Kesian Apan, berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Nasib baik dia good boy, senyap aje bila orang lain dukung.


Ibucuk dan Makngah Esah (nenek pengantin lelaki). Makngah kami yang dah pegang title moyang.


Ibucuk lagi, dengan Kak Ju (anak makngah). Bila time kenduri kendara baru la dapat jumpa sepupu sepapat yang jarang jumpa.


Eh Aliya pun ada. He he auntie ni suka sangat ambil gambar Aliya. Papa Aliya jangan marah ye :D


Selamat Pengantin Baru buat Aliff dan Shikin.
Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.


 

Sunday, September 9, 2012

Acara Memasak @ Midnite

Di tengah malam yang hening, ibucuk dan ibungah masing2 bersengkang mata tunjuk bakat kat dapur. Tah semangat apa yang dah meresap dalam badan diaorang nih. Myself tolong tengok ajer..
 
 
Ibucuk buat tiramisu, guna biskut oreo. Nampak macam senang je. Buat dalam bekas kecil2, senang nak ngap. Tak tanya pulak resepi. Masa ni tengah tabur milo atas keknya.  Dah siap masuk peti ais. Sedappp, dapat pulak makan sejuk2... 

 
Ibungah pulak dengan semangat berkobar2 nak buat florentine cookies atau bahasa melayunya bepang. Hat ni bepang version bandar youuu... 
 
 
Mula2 taburkan tepung dalam bekas yang dialas tracing paper. Ibungah kata senang je nak buat. Main tabur2 je, macam bagi ayam makan kurr kurr.. Buat sambil pejam mata pun boleh.. yo yo aje.. 
 
 
Lepas tu taburkan pumpkin seed dan almond flake (paling basic ni). Boleh aje kalau nak tambah benda2 lain..

 
Lepas tu tabur balik tepung dan last sekali campakkan black sesame atasnya. Dah boleh masuk dalam oven dan bakar. 

 
Florentine cookies yang dah masak. Sedappppp. Dia ni up sikit la dari bepang. Mungking sebab bahan2nya. Lagi satu kena cakap sedap, kalo cakap tak sedap kang orang tak bagi makan pulak he he..
 
 
 

Saturday, September 8, 2012

Celebrating Maklong & Paklong

Friday, 31 August 2012 - kami berkampung di Manhattan Fish Market, Jusco Seremban 2, for a 2-in-1 celebration, sempena birthday Maklong dan anniversary Paklong dan Maklong.  Yang meriahnya both sides ada - the whole family Paklong and us. We occupied almost half of the floor (dining area pun tak berapa nak luas).
 
our very first time at at this fish market

while waiting for the rest  
  
 
jemput makan
  
me is not in charge of this, so tak boleh nak share on the menu
 
bonding moment
 
we have planned for this cake to be a surprise
 
alih2 ada additional cake that came first
 
maklong malu nak tiup lilin, has to get one of the niece to do so
 
maklong dan nusaybah
 
 
 Happy birthday to Maklong
&
Wishing both Paklong and Maklong the best in life!
 
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Happy Birthday Salfa

Celebrating our colleague's birthday, Puan Salfareena Ismail on Tuesday, 28 August 2012 (a day after the actual birthday).

the strawberry marshmallow cheese cake by secret recipe- yummeh

birthday girl

most awaited moment  

a small and simple celebration during tea time


Happy birthday to Salfa..
Kami doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat senantiasa..



Tuesday, September 4, 2012

Raya Kelima / 23 Ogos 2012

From 1st raya, terus lompat ke 5th raya. In between, berjalan juga tapi tangan tak sempat nak merakamkan memori. Pagi 5th day raya tu kami ke Lenggeng, bawa mak dan abah beraya rumah besan sambil menjenguk cucu gegirl - Nur Iman Afrina.

pandai abang affan jaga adik
 
Kat rumah mertua ayahteh banyak pokok kelapa yang sedang berbuah, rendang2 aje pokoknya. So masa nak balik,sempat la ayahteh kaitkan buah kelapa untuk kami bawa pulang.  
 
comel2 aje buahnya
 
It was noon bila kami balik dari Lenggeng. Ngam2 lunch time kan, so kami pun singgah pula ke Senawang, pekena nasi arab pulak. Abah amat jarang nak makan kat luar, tapi bila makan kat sini abah ok, sebab yang empunya kawan kepada kawan abah. 
 
nasi arab damsyik
 
menu yang simple
  
didatangkan khas..

wahidset - kambing untuk abah
 
thalasaset - ayam 1/2 untuk kami
 
first time mak dan abah makan kat kedai ni
 
menu baru
 
Masa on the way balik ikut jalan Mantin, ada banyak orang berniaga petai di tepi2 jalan. Kami sempat juga berhenti untuk beli. Abah tanya ni petai mana, katanya petai hutan, yang dibeli dari orang asli. Tengah musim petai la kot. 
 
seiikat rm40, cantik2 matanya
 
Banyak yang menjual petai tapi hanya ada satu tempat yang menjual buah tampoi. Abah teringin nak makan so kami pun berhenti beli juga. Rasanya myself pun tak pernah makan buah ni. 
 
seikat rm5
 
isinya nipis aja, dan sedap juga rasanya
 
Anak2 seronok pergi berhari raya. Kami pula seronok sebab dapat hasil di bawa pulang ha ha..