Semalam hari rabu, Kak Rohimah memborong buah2an di Pasar Borong (Buah) di Selayang. Siap buat kenduri buah kat opis. Dapat le kami sorang sebiji buah orange, plum dan epal New Zealand, selain dari buah mangga dan anggur hitam, merah dan hijau yang terhidang. Terima kasih banyak2 ye Kak Imah.
Hari ni giliran kami pula terjah ke situ. My first visit ke pasar buah. Geram gila kejap tengok pelbagai jenis buah yang ada. Kebanyakannya buah2an import. Local fruit pun ada juga tapi tak banyak sangat. Harga.. memang jauh lebih murah la if nak compare dengan kedai buah biasa.
Antara buah yang kami borong :
class 1 strawberry from eqypt.. rm40 for 10 box.. dah beli baru nampak strawberry from korea..takper la, next time ye..
black plum AAA size from south africa - rm43 ada 35 biji..
premium fresh cherries from republic of chile - rm280 for 5kg.. was told that the best cherries comes from new zealand unfortunately takde musim pulak..
royal dawn class 1 seedless grapes from south africa - rm58 for 4.5kg..
valley pride seedless green grapes from south africa - rm48 for 4.5kg.. kami beli 9kg..
Kami share2 beli buah ni. Masing2 ada event during weekend, tu yang memborong buah sakan. Bukan le kami tak makan local fruits dan tak menolong menjana ekonomi tempatan, tapi dah kat kedai tu sumenye imported fruits, dan murah plak tu.. Apalagi, beli aje la. Murah tu memang la murah dan berbaloi2 beli dalam kuantiti yang banyak. Bayangkan buah strawberry tu, RM4 per box, mana nak dapat kat luar kan. Kalau masuk supermarket musti dah double triple harganya.
Ok looks like akan datang ada lagi la trip ke sini..