Thursday, August 30, 2012

Raya Pertama / 19 Ogos 2012

 
Tahun ni, raya pertama kami di Teluk Kemang. Semua ada kecuali Nurul dan Ikhwan sefamily, yang sampai pada malam hari. Seperti biasa, pasti ada hidangan rendang ketupat dan lemang, serta aktiviti menziarah kaum keluarga.
 
Juadah wajib - dan tak ketinggalan buah ceri dan strawberi.
 
Cucu2 bujang Nenek Esah. 
 
Sesi bermaafan dan collect duit raya :)
 
Family photo yang klasik - terbaekkk.
 
Nenek bersama cucu2nya.
 
Note : Kredit tu Along Nora for the above photos. And big thank you sebab bagi permission nak publish. 
 
Dah selesai acara di rumah, kami beramai2 bergerak ke rumah Makwa, iaitu ibu metua kepada ibu mertua, nenek kepada my habibi dan moyang kepada anak2.
 
 Kanak2 pakat naik satu kereta.
 
Walaupun pangkat nenek, tapi kami panggil makwa, panggilan manja gitu.
 
Time collect duit raya, collect jangan tak collect he he. 
 
Hazeem kalau ke mana2 ada aje jumpa kindie mate. Bersama Sofea, kira pangkat dua pupu pada Hazeem. 
 
Rumah makwa yang dipenuhi dengan anak menantu, cucu2 dan cicit2. Makwa bakal menerima piut (anak kepada cucu) tak lama lagi :)
 
 
 

Thursday, August 23, 2012

Unexpected Trip to Terengganu

Weekend before raya, big boss got something on at Ganu. Nak pergi drive sorang diri kesian plak.  So myself volunteered to accompany him, leaving the kids kat rumah nenek Tom. We left PD around 2.30 pm on Saturday. Kami ikut laluan Muadzam, nasib baik cuaca tak berapa panas sebab banyak pokok kiri kanan.

A non-stop journey (except once untuk solat) to KT. Buka pun dalam kereta aje. Kalau bawak anak2 mau komplen sebab tak sampai2. Lama sangat perjalanannya.

berbuka 'on-the-go'

melalui kawasan Kerteh yang sentiasa bermandikan cahaya lampu di malam hari

Dah lama tak ke KT. Last trip was in 2007. So quite lost juga la. Ada jalan alternatif, kami follow aje. GPS ni on jugak. Kami sampai lebih kurang pukul 9.00 pm. Terus ke Permai Hotel (ni pun walk in aje, malas nak cari lain tempat sebab dah malam).
 
na na na nan na ganu kite

Next day, big boss nak pi kerja, drop me off at Pasar Payang. Tu aje la shopping destination that I can think of. Kat sini mabuk tengok pelbagai barang2 yang ada.

sampai gak kat sini

cantik2 dan tertarik

pelbagai jenis kepok dan makanan lain
 
nenek kirim beras dan rempah dagang, hajat hati nak masak time raya
 
Dah siap membeli, have to go back on my own. Susah juga nak cari cab kat pekan. Kiri kanan tangan penuh barang he he dengan beras nasi dagang, rempah ratusnya, kainnya, seb baik tak beli kepok2 lagi. Sesekali terlepas seorang diri, tak berhengat.


formally known as permai inn

By 1.00 pm, big boss call kata dah siap kerje. By 2.00 pm kami check out and headed straight back to PD. Going back, hujan kat certain area. Ok la sejuk sikit bumi. On the way , asked for big boss's favor to stop for a while at Kerteh. Mengenang kembali memori lama when I was in Form 4 and 5 at mini MRSM Kerteh (which was more than 20 years 0^0). Tempat jatuh lagi dikenang.


papan tanda yang masih kukuh di tepi jalan

in 1993, MRSM Kerteh telah dipindahkan ke MRSM Kuala Berang dan bangunan asrama itu kini telah dihuni oleh Perunding Ranhill Worley 

 Jalan balik, kami ikut LPT instead of Muadzam. Saja nak tengok the difference between this 2 routes. Seperti semalam kami buka dalam kereta juga dan stop sekali sahaja. Alhamdulillah we reached PD safely at 8.30 pm the next day. 

same menu as yesterday for buka except for this extras - chara lauk dan gula, popia goreng, karipap pusing dan tepung gomak , beli kat Kerteh,tak jumpa pulak akok <ku keciwa>


Whewww what a short trip.. dalam masa yang sama puas hati gak sebab ada la jugak buah tangan dari Ganu kite..    



Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri





Syawal disambut penuh kemeriahan
Setelah menempuh si bulan Ramadhan
Ampun dan maaf kami mohonkan
Semoga persahabatan sentiasa berkekalan


~ dari kami sekeluarga ~



Sunday, August 12, 2012

Tipah Tertipu Ha Ha

Lately, kat office, kami terima banyak vouchers via email. Before this tak pernah la rasa teringin nak guna pun. But last friday, Hazeem berpuasa dan kami pun tanya adik nak buka apa, nak KFC tak (since dah ada voucher kan). Hazeem pun ok. So print la satu copy. Ikutkan voucher ni, murah and its worth paying.


Sampai kat KFC tanya adik tu. Dikkk, boleh tak guna voucher ni? Yang sorang kata boleh, yang lagi sorang kata tak boleh. At last, lagi sorang kata kak yang ini tak boleh guna, palsu ni. Kami tak tau siapa yang buat ni. Tapi kalau yang harga RM19 ++ tu kami terima. Ok, tak boleh guna, takpe (dalam hati nasib baik tanya dulu!). Ada rasa macam tertipu tak???

Tapi bukan semua voucher tak boleh guna. Pernah sekali ibucuk guna voucher McDonald, ok je. Meh kita tengok lain2 voucher yg ada, boleh guna atau tidak, itu tak jamin. If nak guna pun, tanya dulu kat kaunter ye.





Selamat Berbuka Puasa :D

Saturday, August 11, 2012

Kuih Akok

Tak tahu kenapa masa bulan puasa ni macam teringin je nak makan kuih akok. Nak kata 'ada isi', tak juga. Tapi nak la jugak makan, walaupun kekadang macam tak berapa nak menikmati sebab ada beberapa jenis kuih lain waktu berbuka.


Kuih ni glamer kat Pantai Timur. So kat PD ada certain tempat je yang ada. Kalau tak bulan puasa lagi payah nak jumpa. Tak tau nak cakap kuih ni tang mana yang sedap. Tapi myself rasa sedap jer la.

Last weekend, pergi ke param (pasar ramadan), terus beli kueh ni 8 ketul. Myself je makan 5 ketul. Yang ni betul2 menikmati. Teringin punya pasal he he.. Puas hati puas hati.. Lain kali kalau ada nak beli lagi..



Thursday, August 9, 2012

Kalamansi Asamboi

Di suatu masa di sebuah restoren.. Masa belek2 menu, eh ada minuman baru la.. kalamansi asamboi.. Lepas tu tanya adik yang amik order tu, dik kalamansi tu apa ye?? Kalamansi tu limau kasturi kak! Ooooooohhh (sambil angguk kepala). That was the occasion where I came to know kalamansi.. So sekarang ni dah tau la kan :)


Berbalik pada lambakan kalamansi, masa buka puasa petang tu, ingin nak minum air kalamansi asamboi. Mudah aje, campurkan perahan sebiji kalamansi dengan sebiji asamboi pun dah cukup - untuk satu mug. Tak letak gula pun dah ok. Dapat pulak guna air sejuk2 (nak minum ais takut sebab tengah batuk).


Asamboi ni beli kat kedai senseh. Ada macam2 jenis asamboi tapi yang ni best buat air. Ada rasa masam, manis dan masin. My friend ada bagi petua, kalau dah rasa sakit tekak, minum air putih yang direndam dengan asamboi ni. InsyaAllah fast recovery.


Ini lah rupanya kalamansi asamboi, buat penghilang dahaga di bulan puasa. Slurrrppppp... ahhh lega rasanya..


Wednesday, August 8, 2012

Lambakan Kalamansi

Isnin dan selasa, myself bercuti, sebab big boss out station. Abah pun apalagi, ajak naik kebun la, suruh exercise sambil petik buah limau kasturi yang tengah banyak masak kat pokok.  Bulan puasa nak pergi petik buah, haduhai dah terasa penat nih.. Ok la pergi aje, with the expectation cuma beberapa pokok.

Sampai kat kebun, tu diaaaa semua pokok berbuah.. huaaaaa... Tak kira pokok kecik ke besar ke sume berbuah banyak.. Antara pokok yang ada :


 

Ni kalau dah kuning buahnya sebijik macam pokok limau dalam pasu masa Tahun Baru Cina tu.  Geram tengok buah2 yang nak kekuning2an tu. Okeh, kasi close up sikit buah2nya.



Sambil2 petik tu, terjumpa la makhluk Allah yang menumpang kat pokok2 ni. Cantik pun ye, boleh tertipu mata disebabkan warnanya.



Yang ni hasil tuaian hari pertama. Baru 1/5 pokok2 yang ada, dah tak larat. Balik siap timbang, humanghai.. 12kg tu.. Puas hati rasanya..


Yang ni pula tuaian hari kedua, dah laju sket petik, cepat habis.  Itupun tak semua pokok, pejam sebelah mata je la. Balik timbang, tengok 26 kg (tak termasuk asam gelugor tu).. lagi la banyak amat..


Abah memang tak plan pun nak jual hasil tanaman ni. Sudahnya agih2kan pada orang kampung dan sedara mara. Ayahcik siap bawak pi kerja bagi kat kengkawan. Myself pun nak bawa ke kengkawan juga, musti dia orang suka :). So sesiapa yang nak boleh habaq noo, sementara stok masih ada he he..

Oh ya, kalamansi tu limau kasturi la. Saja nak guna nama glamer, buat orang tertanya2... Tak semua orang tau apa itu kalamansi kan kan.. 


Tuesday, August 7, 2012

Bubur Lambuk

Dalam bulan Ramadhan, setiap hari minggu, emak pasti akak buat bubur lambuk untuk di sedekahkan pada orang kampung. Sekali  masak 5 kilo beras, so dapat la satu periuk yang agak besar. 


Emak akan blend bawang putih, bawang merah, lada hitam dan udang kering. Sebelum tu tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga. Selepas tu masukkan pula perencah, samada ayam atau daging atau udang, ikut suka. Masukkan pula beras, letak air banyak2. Beras dah hancur masukkan santan dan garam (ikut suka sama ada nak cair or pekat). Akhir sekali letakkan daun sup daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng.  


Dah siap packing, ala2 bubur lambuk Kg Baru pulak. Emak buat hari minggu sebab perlu tenaga kerja berlebihan. Kalau nak buat sorang tak larat rasanya. Myself selalu amik part packing. Sambil pack bubur sambil nyanyi la la la (haaa ada maksud tu).. 


Ayahcik pulak ambil kontrak untuk agih2kan bubur lambuk - tapi takde la nak tolak troli ni satu kampung, mau pengsan ayahcik nih!  Untung sape yang baik dengan ayahcik, boleh dapat lebih bungkus.   

Kami pun suka makan bubur lambuk ni. Dapat pulak makan dengan kuah lemak ayam, hai bertambah2 lemak lagi. Dan amat sedap dapat makan masa panas2.. best!



Monday, August 6, 2012

New Family Member

5 Ogos 2012 @ 3.03 pm -  Alhamdulillah ibuteh telah selamat melahirkan seorang baby girl - cucu yang ke 5 dan gegirl yang pertama in our big family.


Malamnya kami ke hospital melawat ibuteh dan ayahteh. Myself tanya ibungah, takpe ke kita lawat orang bersalin malam2 ni? Selalunya ziarah orang bersalin siang hari je.. Ibungah kata ala takpe ni hospital!


 Nenek Tom dan gegirl.. Apan dah pun ada adik dan kami pun tumpang gembira sebab dah ada rose among the thorns. Apa nama baby, uminya kata tak confirm lagi.. tungguuu...


Ibungah dan gegirl.. kami sepakat bersetuju yang bibir gegirl tu ikut bibir ibungah yang menjungkit sket ha ha..