Tuesday, November 27, 2012

Larian Jom! Kitar Semula & Habitat

Sabtu 17 Nov 2012 - kami merajinkan diri menyertai Larian Kitar Semula 2012. Larian serentak di 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk mengesahkan penyertaan, peserta perlu menukarkan suratkhabar, botol plastik, kotak minuman tetrapak atau tin aluminium untuk dapatkan t-shirt dan no. penyertaan.
 
 
 
Kami masuk kategori Fun Run,  tapi yang peliknya dapat kod B dan C. Bila check balik kat website, kod Fun Run ialah I. Kod B untuk murid sekolah perempuan dan C untuk remaja lelaki, boleh gitu?? 

 
Hooo.. don't play2 arrr.. Steady jer atuk ni nak join larian ni.
 
 
Melangkah dengan penuh bersemangat ke tempat permulaan.

 
Mereka lepaskan larian ikut kategori. Ni sungguh run to win.
 
 
Eh macam kenal je orang itu.. ohh Faisal Ismail la..
 
 
 
Jom lari (tapi kami jalan je) he he..
 
 
Sempat lagi posing.. bila lagi kannn.
 
 
Kami dapat t-shirt ni tapi kaler biru. Anak2 warna hijau. Ok, ingat tau no telefon ni, esok2 nak buat aduan senang.

 
Yang ni pulak lain t-shirtnya. Kalau tak silap, salah satu syarikat yang sponsor or sertai larian ni. Kami dah tersalah masuk group nak lari daaaa.
 
 
Sang semut dah tunggu kat tepi laluan untuk bagi sokongan moral. Baru 3 4 langkah dari garisan permulaan, dah stop nak posing dengan maskot nih..

 
Yeeehhaaaaa.. lari jangan tak lari..

 
Kami berjalan melalui Istana Kehakiman..
 
 
Ada juga Jabatan Penerbangan Awam..

 
Fountain ni dipanggil Flora & Fauna.. 

 
Dan juga Perbadanan Putrajaya.. Ohhh ini ke? Baru tau, tak pernah tengok sebelum ni.

 
Akhirnya sampai kami ke garisan penamat. Orang lain seronok berjalan, Hazeem sepanjang jalan mengomel aje. Tak larat la, jauh la.. Ha tu sebab kena biasa2kan bawak berjalan kan.

 
Macam penat sangat berjalan/berlari.

 
Nak tunggu cabutan bertuah lagi satu jam. Ada la 8 biji motor untuk dimenangi. Kami tak larat nak tunggu. Terus kami balik dulu.

 
Balik rumah dulu??? Takde maknanya.. Kami singgah ke Medan Selera Precint 9 menikmati mee rebus dan nasi lemak yang best itu, ikut kata ibungah. Ha ha tadi dah buang kalori, ni tambah balik.. rasa macam tambah tu lebih dari yang buang :D
 
 
 

Saturday, November 24, 2012

Annual Concert Tadika Flora Fauna

Friday, 16 November 2012 - Annual Concert & Graduation Day. Last year Hazeem tak ada sebab kami ke Surabaya. So this year Hazeem excited sikit dapat join.
 
 
Seperti biasa, buat dekat PDGCC. Diaorang pun dah biasa kat tempat ni.

 
Abang Harith dan Aqid datang bagi moral support he he..
 
 
Principal Teacher Siti menyampaikan kata2 aluan.

 
Perarakan dan nyanyian Negaraku oleh semua murid2 dan guru2.
 
 
Antara tetamu yang hadir, ibu bapa penjaga atuk dan nenek pun ada. Semua nak beri sokongan pada anak2 dan cucu2.
 
 
Acara dimulakan dengan Year 6 student menunjukkan kebolehan membaca dengan lancar.

 
Diikuti dengan bacaan Al-Quran oleh adik Yusof.
 
 
Story telling pula..
 
 
Year 6 graduation. Kecik2 dah merasai apa itu graduation..

 
Dua pupu Hazeem, Sofeya pun dah grad.

 
Kemudian ibubapa pelajar Year 6 dijemput ke depan, sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendidikk anak ke tahap sekarang.

 
Kemudian persembahan dari Year 5 pula, tarian tradisional.

 
Ada lagi, tarian Cina pula.

 
Dah nama 1 Malaysia kan, kena ada tarian India juga.
 
 
Kemuadian nyanyian lagu2 berunsurkan nasyid. Cuba teka mana satu Hazeem???
 
 
Dan juga lagu2 medley..
 
 
Guru2 juga tak ketinggalan menunjukkan bakat.
 
 
Pelajar2 dan guru2 menutup majlis dengan nyanyian lagu Warisan.

 
Sempat la kami membasahkan tekak dan menikmati juadah yang disediakan.

 
Harith dan Aliya akan sama2 sambung Year 6 dekat tadika ni juga.

 
Keesokan hari ada majlis resepsi kat sini. So pihak kelab dan wedding planner dah start buat preparation. Kami pun tumpang sekaki bergambar. Bersama Ifan, kawan anak ibucuk yang sama kelas dengan Hazeem. Ha... kawan ibucuk dah ada anak 5 tahun? Camne ni ibucuk???
 
 
 

Thursday, November 22, 2012

Deepavali Day Out

Cuti pada 13 Nov 2012, kami ke Aquria KLCC. Almaklum tak pernah sampai, kecuali ibungah dan Aqid. Kami park kereta di Putrajaya, ambil ERL sampai Sentral then tukar naik LRT pulak ke KLCC. Budak2 la seronok sebab naik cucumas (thomas the train tu).
 

Melalui terowong dari pusat beli belah ke Aquaria. Kiri kanan dan atas ada lukisan. Nice.. Kaunter buka 10.30 so kami hantar ibucuk beli tiket dulu.

 
Haaa sempat posing2 dulu on the way. Ni belum sampai lagi tau, baru tunjuk jalan.
 
 
Masa kami sampai, ibucuk still tengah queue, panjang pulak tu. Almaklum public holiday kan. Sementara tunggu, sempat lagi kami merasai ice cream New Zealand Natural (first time jugak tu!) di pagi hari.
 
 
Okey ibucuk dah berjaya dapatkan pass masuk. Rate dia - adult is RM35 and children RM25. Ibucuk beli family package promo (2A + 2C) for RM99 then lagi 2 yang normal. Dah save sikit kan he he.. 

 
Budak2 dan mak budak2 excited dah nak menjelajah ke dalam isi perut Aquaria.

 
Masuk2 aje, kami di sambut oleh si piranha.. banyak betul. Macam mana dia angkut dari negara luar dan bawa masuk ke sini ye.. 
 
 
 
Kebetulan pukul 11.15am, time to feed the reef creatures at 'touch pool'. Mereka bagi makan pada belangkas, tapak sulaiman dan juga gamat. Selain dari tu boleh juga nak merasa pegang bamboo shark.
 
 
Merasai pengalaman berada dalam dunia air. Tapi yang ni posing lebih..

 
Panjang betul dia nih.. Kalau terkena macam mana ye..

 
Then kami melalui 'the stream' - creatures of the fresh water. Dapat la tengok giant water rat yang memang agak giant la, dan kebetulan juga masa tu otter feeding and playing time. Cerdik dan comel sungguh la otter 2 ekor nih.

 
Kami melalui 'Jewels of the Jungle' pula.
 
 
Tak ketinggalan tarantula ni ha. Macam cantik jer bulu2 kat badan dia.

 
Ada juga green iguana.
 
 
Dari Aras 1 nak ke Aras 2, dapat lihat ikan2 yang besar2 dalam tank ni ha. Area ni dipanggil Malaysia flooded forest. 

 
Lagi ikan2 kecil yang dok dalam tank yang meninggi ke atas. Canggih betul.

 
Paling best bila melalui oceanarium. Rasa macam duk dalam laut pulak. Tarikan utamanya adalah giant blotched fantail ray (pari gergasi), sand tiger shark dan green turtle, selain dari hidupan yang lain. Kat sini tak perlu penat berjalan, berdiri aje sambil menikmati pemandangan dalam laut. 
 
 
Ketika kami melalui aquatheatre, it' time to feed the marine life. Dah ramai orang yang duduk menunggu. Macam dok tengok tv skrin besar pulak.
  
 
Giant ray tu namanya Kudsia. Panjang setinggi manusia. Diver tu siap buat aksi berpusing2 dengan Kudsia. Green turtle tu pula namanya Kismet. Dia akan sentiasa mendekati diver yang bagi makan itu, nampak macam kelaparan sungguh. 
 
 
Masa pergi dekat dengan cermin, nampak rambut diver ni beralun2 dalam air, ni mesti seorang wanita. Betul sungguh.. Sempat dia posing untuk kami dan peace yo... Kami pun lambai sambil angkat ibu jari tanda best! ha ha..
 
 
Budak2 really enjoy themselves. Emak2 pun seronok la sebab anak2 suka. 
 
 By 1.30 pm kami dah habis round dan exit ke pusat beli belah. Nak window shopping, mood tak mari. Lagipun ramai orang. Harith ajak pergi ke Petrosains tapi rasanya macam musti ramai orang. Next time la kita pergi ye.
 
Dah tak tau nak ke mana, call ayahlong janji nak jumpa di Bangi pergi makan2 (kami tak lunch lagi dan lapau sungguh). Ayahlong dari PD bawa Nenek Tom sekali.
 
 
Mula2 ibucuk suggest ke MFC, unfortunately closed for renovation. Sudahnya singgah sini aje. Kami dah pernah makan sekali kat sini.




 
 
Mungkin sebab kami kelaparan dan makan secara berjemaah (satu dish share ramai2, pusing satu meja), jadi banyak la ordernya. Food kat sini consider sedap juga, kecuali nasi ambeng yang last tu, kurang sikit. Maybe bukan specialty diaorang. Serve pun cepat, takyah tunggu lama.

 
16 Nov birthday Aqid. So dah alang2 berkumpul, celebrate la sekali. Nak cari kedai kek tak jumpa, yang ada kedai cupcake, ni pun boleh la.

 
Happy 5th Birthday Ahmad Aqid :D
Terima kasih ayahlong juga sebab belanja kami :D
 
 
**bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana di sini, bumi Malaysia kita masih boleh berjalan2 dan bergerak ke sana ke mari dalam keadaan yang masih lagi aman dan tenteram**