Bab 2 - Farah
Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.
"Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?" Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.
"Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. It yang terawal hari ni. " Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka dan kami pun melangkah masuk bersama-sama.
Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.
"Terima kasih." Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak memandang akan wajah lelaki itu.
"Morning Farah." Sapa lelaki itu.
"Morning." Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul!
Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.
"By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul." Aku memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.
"Kau memang selalu awal ke?" Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.
"Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed." Balasku ramah.
"Lawa pulak aku tengok kau sekarang." Kata Kahirul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.
"Eh! Aku memang lawa sejak azali." Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh.
Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.
"Handsomenya!" Kata Hanim beria-ia. Aku hanya tersenyum senang.
"Aku rasa dia sesuai untuk kau." Kata Hanim lagi.
"Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun." Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.
Bersambung - Bab 3 : Farah
Bersambung - Bab 3 : Farah
No comments:
Post a Comment