Bab 3 - Farah
Sejak pertemuan di dalam lif tempoh hari, sudah agak lama aku tidak bertembung dengan Khairul. Seakan rindu menampar di lubuk hatiku. Entah mengapa, setiap kali aku teringatkan dia, ada satu perasaan halus yang menusuk ke jiwaku. Aku tak pasti apakah perasaan itu, adakah rindu atau simpati atau mungkin kedua-duanya sekali.
Di fikiranku tergambar wajah arwah Linda. Dia memang seorang wanita yang jelita. Walaupun dia bertudung dan memakai kaca mata, wanita itu tetap jelita. Orangnya tinggi lampai persis model, matanya yang bundar,bibirnya nipis serta berkulit putih melepak memang amat sesuai digandingkan dengan Khairul. Malah mereka merupakan pasangan yang paling sempurna di pejabat kami dulu.
Walaupun aku terlebih dahulu mengenali Khairul, tapi mereka memang sudah lama mengenali antara satu sama lain. Cuma Linda memasuki syarikat itu setelah lima bulan aku bekerja di syarikat yang sama. Dan sejak itu kami menjadi sahabat baik. Tapi sayang, Linda telah pergi menyahut seruan ILAHI.
Sedang aku leka mengimbau kenangan lama di atas buaian di halaman rumah, tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi. Aku tersentak seketika lalu berlari-lari anak masuk ke ruang tamu. Aku mengambil telefonku yang berada di atas tv. Aku meneliti nombor yang tertera di atas skrin telefon bimbitku.
Hmmm... nombor nie tak pernah aku nampak. Siapa agaknya??
"Hello." Aku sabar menanti jawapan balas dari si pemanggil.
"Hello." Suara halus seperti suara budak yang menjawab.
Aku terdiam seketika. Anak siapalah pulak nie. Ni mesti mak bapak tak sedar anak main telefon ni.
"Hello sayang. Kenapa sayang telefon auntie. Jangan main telefon, nanti mama marah." Perlahan aku memujuk.
"Mama dah tak ada. Mama dah ati..." Lancar sahaja suara pelat budak itu bertutur. Aku tergamam seketika. Dadaku berdebar-debar.
"Sorry, auntie... auntie... " Aku tergagap-gapap. Tidak tahu apa yang perlu aku ucapkan. Terasa sebak di dadaku.
"Jap, papa nak akap..." Suara kecil itu berkata lagi.
"Hello.." Kedengaran suara halus kecil diganti dengan suara garau lelaki.
"Err... hello.." Balasku perlahan.
"Sorrylah sebab beri anak aku cakap dengan kau. Dia yang beria-ia mahu bercakap dengan kau." Aku bertambah terkejut. Lelaki ini seperti tahu dengan siapa dia bercakap. Aku hanya mendiamkan diri. Ragu-ragu dengan siapakah aku bercakap.
"Emmm... boleh saya tahu siapa yang bercakap?" Soalku lalu berjalan keluar menuju ke buaian di halaman rumahku.
"Oh! Ini Farahkan?" Lelaki itu menyoal aku tanpa menjawab pertanyaanku tadi.
"Ya, saya. Tapi, siapa awak?" Soalku lagi, tidak puas hati.
"Dah lima tahun, nombor kau tetap tak berubah. Kiranya nasib aku baiklah." Lalu dia ketawa senang hati. Aku semakin tidak puas hati. Geram pun ada.
"Akulah, Khairul. Tadi anak aku, Farhan." Akhirnya terjawab segala teka-teki yang bersarang di benakku tadi. Aku pula yang ketawa.
"Engkau rupanya. Aku ingatkan budak manalah yang pandai main telefon. Rupanya bapak dia yang tolong ajarkan anak main telefon." Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.
"Bijak anak kau. Mesti comel cam papanya." Aku tersenyum sendiri apabila teringatkan kepetahan Farhan tadi.
"Eh, mestilah. Papa diakan handsome. Anak mestilah lawa dan handsome jugak." Dia tetap seperti dulu, suka bergurau.
Aku ketawa di hujung talian. "Eleh, tak habis-habis puji diri sendiri."
"Apa yang kau dah lobi pada anak kau pasal aku ha? Sampai teringin benar dia nak cakap ngan aku?" Aku cuba mencungkil rahsia dari Khairul.
Dia tidak menjawab sebaliknya ketawa lagi. Asyik-asyik ketawa. Itulah satu-satu perangainya yang tak berubah, suka berjenaka dan ketawa. Sesungguhnya aku terpikat dengan disebabkan senyuman dan tawanya. Tambahan pula, ada lesung pipit di pipi kirinya. Tambah kacak dia. Hati perempuan mana yang tidak cair.
"Mana ada. Aku cuma kata yang papa dia nie jumpa kawan lama. Kawan mama dia. Tiba-tiba saja dia kata nak cakap dengan kau dan kalau boleh nak jumpa kau. Agaknya dia rindukan mama dia." Suara dia yang tadi amat ceria, berubah nada. Suaranya kedengaran sedih.
"Oh ye ke? Hmmm... aku... aku pun teringin nak jumpa anak-anak kau." Balasku berhati-hati.
"Iya? Kalau begitu kita lunch sama-sama hari ni. Lagipun dah jadi kebiasaan aku kalau hari minggu aku bawa anak-anak aku bersiar-siar. So, jadi?" Suaranya kembali ceria. Aku pulak yang pelik. Sekejap ceria, sekejap sedih. Entahlah, asalkan dia bahagia sudahlah
Aku kemudian memberi persetujuan dan berjanji akan bertemu di Restoran Kejora pada pukul satu tengahari. Hmmm... bagaimana agaknya rupa anak-anak Linda?
Bersambung - Bab 4 : Khairul
No comments:
Post a Comment