Oh, Tuhan! Mengapa aku diduga dengan ujian seperti ini. mengapa aku tidak boleh mengecapi nikmat perkahwinan seperti pasangan lain? Mengapa aku mengahwini lelaki yang tidak menghargai aku seperti seorang suami yang menghargai isterinya? Mengapa aku terperangkap dalam ikatan perkahwinan tanpa belaian dari seorang lelaki yang bergelar suami buatku? Mengapa dia mengahwiniku jika dia tidak perlukan aku sebagai isterinya?
Air mata ini tidak henti-henti mengalir dari tadi. Bagaikan empangan pecah. Aku tidak mahu membazirkan air mata ini. Tapi, ia seakan tidak mahu berhenti. Walaupun aku sibukkan diri dengan mengemas semua pakaianku ke dalam almari serta mengemaskan katilku, ia tetap juga mengalir.
Adakah aku sudah tersilap percaturan dalam menentukan pasangan hidupku? Sedangkan selama ini, sudah ramai yang datang merisik, tapi kesemuanya aku tolak. Tidak kurang kurang pinangan dari teman-teman, sepupu-sepupu malah anak kenalan abah dan emak. Kesemua menerima jawapan hampa dariku. Kesudahannya aku menerima dengan mudah lamaran dari Khairul, lelaki yang yang kematian isteri dan mempunyai dua orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Malah aku rela mengahwini lelaki ini. tepatkah keputusan aku ini?
Huh! Tak perlu menyoal diri sendiri lagi. Aku sudah pun mengahwini dia. Samada tepat atau tidak keputusanku ini, tidak perlu lagi dijawab. Semunya sudah terlambat. Dia adalah suamiku yang sah sejak seminggu yang lalu. Tapi, kehadiran aku di sisinya hanyalah untuk menjaga dan memberi kasih sayang seorang ibu buat Farhan dan Azim, anak-anaknya. Farhan… Azim. Sesungguhnya mama memang menyayangi kalian berdua. Mama juga menyayangi papa.Tapi, papa kalian tidak menyayangi mama. Mana mungkin mama hendak hidup bersama kalian berdua jika ianya begini. Mama mahukan perkahwinan yang sebenar. Bukannya perkahwinan yang seperti papa kalian mahukan ini. Seolah-olah mama diperlukan sebagai pengasuh kalian sahaja, bukannya isteri dan ibu buat kalian.
Patutlah walaupun aku sudah suci, dia tidak pernah menyentuhku. Malah tidak pernah memesraiku sewaktu di rumah emaknya. Jauh sekali mahu membelai atau memelukku. Kini, terjawablah segala kesangsian yang bersarang di jiwaku selama ini. Abang, mengapa abang lakukan ini pada Farah…
Tuk… tuk… tuk…
Pintu bilikku diketuk dengan perlahan. Aku mendiamkan diri. Sejak aku mengheret begku masuk ke bilik ini petang tadi, aku tidak keluar langsung dari sini. Malah, panggilan dari Farhan dan Azim juga tidak kuendahkan. Entah mengapa hatiku menjadi begitu sayu dan sedih. Aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan begini. Nanti tentu mereka menyoal aku, terutama sekali Farhan yang begitu petah bercakap sekarang.
Tuk… tuk… tuk…
Pintu sekali lagi diketuk. Sudah tentu Khairul yang mengetuknya. Jika Farhan atau Azim, sudah lama mereka memanggil aku. Tiba-tiba sahaja aku dipagut rasa bersalah. Mengapa pula? Bukankah dia telah menghancurkan hatiku tadi? Malah menyebabkan aku mengurungkan diri di dalam bilik ini. Arghhh… mengapalah aku begini? Selalu bersimpati dengan orang walaupun dia yang telah menyakiti aku. Hati aku masih lagi berdarah, manakan sembuh dalam sekelip mata.
Tuk… tuk… tuk…
"Farah…" Pintu diketuk buat kali ketiga dan disertakan dengan panggilan dari Khairul. Aku masih lagi mendiamkan diri sambil memeluk erat lututku.
"Mari kita keluar makan. Farhan dan Azim pun dah lapar nie."
Kasihan Farhan dan Azim. Mesti mereka lapar kerana mereka tidak makan makanan yang mengenyangkan siang tadi. Tapi, untuk keluar dan memandang wajah Khairul, aku tak sanggup. Apabila melihat wajahnya, hatiku bagaikan disiat-siat.
"Farah tak lapar. Farah tak mahu keluar. Abang pergilah bawa anak-anak." Jawabku lalu merebahkan kepala ke bantal.
"Janganlah begitu. Marilah kita keluar dengan anak-anak." Dia masih berusaha memujukku. Kemudian aku mendengar tombol pintu bilikku cuba dibuka dari luar tetapi tidak berjaya. Pintu itu telah awal-awal lagi aku menguncinya kerana dalam keadaan fikiranku yang masih bercelaru begini, aku tidak mahu diganggu. Biarlah aku meredakan ‘taufan’ yang mengganas di kepalaku ini.
"Farah…" Dia masih lagi di luar. Aku tetap mendiamkan diri.
"Okey, tak mengapa kalau Farah tak mahu keluar. Abang boleh bungkuskan makanan buat Farah. Farah nak makan apa? Nanti abang belikan." Sambungnya lagi.
"Tak payah. Farah tak ada selera. Cepatlah pergi bawa anak-anak makan. Kasihan mereka lapar. Siang tadi tak makan apa-apa pun." Balasku dengan suara mendatar. Suasana sepi seketika.
"Baiklah. Abang pergi dahulu." Balasnya lalu kedengaran derap kaki menuruni tangga. Tak lama kemudian, deruman enjin kereta berbunyi membelah kedinginan malam.
Aku bingkas bangun lalu duduk bersila di atas katil. Aku mengesat pipiku yang bersisa dengan air mata.
Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Berpisah? Takkanlah perkahwinan aku yang baru berusia seminggu ini musnah dalam sekelip mata sahaja. Apa kata emak dan abah? Apa pula tanggapan orang-orang kampung apabila mengetahuinya? Dan adakah Khairul sanggup melepaskanku apabila aku memintanya? Jika kami berpisah, apa akan terjadi pada Farhan dan Azim? Aku teramat sayangkan mereka berdua. Mereka sudahpun kuanggap bagaikan anakku sendiri. Biarkan baru seminggu aku menjalankan tugas sebagai ibu buat mereka berdua, tapi kasih sayangku buat mereka bagaikan aku yang mengandung serta melahirkan mereka. Aku tak sanggup berpisah dengan anak-anak itu. Jika aku pergi nanti, pasti mereka tercari-cari di manakah gerangannya mama mereka. Pasti mereka menangis merinduiku. Dan aku juga pasti akan merindui mereka. Rindukan kepetahan Farhan. Rindukan kemanjaan Azim. Dan aku pasti merindui wajah comel mereka berdua. Tak dapat aku bayangkan, hidupku tanpa Farhan dan Azim.
Cukuplah, jangan menangis lagi. Mungkin ini dugaan yang perlu aku harungi sebelum mengecap kebahagiaan mutlak. Aku rela kau perlakukan aku sebegini, abang. Demi Farhan dan Azim, aku akur dengan permintaanmu. Aku rela kita terpisah begini walaupun hakikatnya kita hidup sebumbung. Demi anak-anak itu dan juga demi Linda, Farah rela…
Bersambung - Bab 19 : Farah
salam yanti,akak terpaksa masuk blog kak kasihredha utk mencari link blog yanti..jauh akak mengembara nih..mintak air sejuk segelas...
ReplyDeleteoh best kat sini ada novel.kena ikut dari 1st series..akak link blog yanti ya..nak folo,tak dpt sbb dah cukup kuota..nak delete blog yg akak folo tak gheti2 lagi..
salam kak anymz.. lawak la akak nih.. jgn kata segelas.. 1 jug saya bagikan..
ReplyDeleteok kak jenguk2 la saya selalu ye.. happy reading...