Thursday, January 27, 2011

Kasih Di Hujung Rindu : Bab 43

Bab 43 : Khairul

Waraskah aku dengan tindakanku menghalau isteriku keluar dari rumah? Kejamkah aku membiarkan dirinya membawa diri seorang diri malam begini? Ke mana hendak dia tuju? Di mana dia hendak berlindung? Aku sayangkan dia. Sungguh... aku terlalu menyayanginya. Namun aku tidak dapat menerima jika dia telah menyakiti anakku lalu menuduh emak yang bertanggungjawab di atas kecederaan Farhan.

Hanya Farhan dan Azim sahajalah 'harta' yang ditinggalkan oleh Linda padaku. Mereka aku tatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuan mereka aku penuhi. Dan kerana mereka jugalah, hingga kini akutetap gagah berdiri dan terus bersemangat meneruskan hidup setelah kehilangan ibu mereka yang juga isteriku, Linda.

Namun, dengan kehadiran Farah dalam keluargaku... diharapkan dapat menyingkirkan kegelapan dan kesuraman yang selama ini membelenggu hidup kami tiga beranak. Farah berjaya menceriakan kembali hidup kami. Tapi, aku sendiri yang tak sudah-sudah menyakiti dan menyeksa perasaannya. Aku sebenarnya yang bersalah. Aku jugalah yang menjadi punca kepada apa yang telah Farah lakukan kepada Farhan. Akuuu...

"Papa, mana Auntie Mama?" Suara Farhan menyentap aku dari lamunan yang panjang. Aku menumpukan perhatianku kepada Farhan. Aku mengusap-usap rambutnya. Dia memandangku seolah-olah menantikan jawapan.

"Auntie Mama tak ada." Jawabku perlahan.

"Auntie Mama pegi mana?" Dia masih tidak berpuas hati.

"Papa tak tahu." Balasku lagi.

"Sian Auntie Mama..." Keluh Farhan. Keluhan Farhan menarik perhatianku.

"Kenapa pula kesian pada Auntie Mama?" Aku pula menyoalnya. Aku membetulkan gebarnya yang hampir melurut ke bawah. Tika ini aku sudah membawa pulang Farhan ke rumah emak memandangkan kecederaan yang dihadapinya tidak terlalu serius.

"Tadi opah marah Auntie Mama. Auntie Mama nangis. Auntie Mama nak bawa A'an balik. Opah tak beri. Auntie Mama dukung A'an. Lepas tu, opah tolak Auntie Mama. Auntie Mama jatuh. Sian Auntie Mama." Terkedu aku mendengar kata-kata Farhan. Betulkah apa yang aku dengar ini? Farhan sudah mula terisak-isak. Seolah-olah turut merasai kesedihan dan kesakitan yang Farah hadapi.

"Betul ke? Jadi, siapa yang buat tangan A'an sakit?" Dadaku berdebar-debar menantikan jawapan dari Farhan. Aku mengesat air mata yang mengalir dari pipi gebu anakku.

"Opah!" Hah? Emak yang lakukan? Tapi, kata emak tadi Farah yang lakukan. Sudah bercanggah cerita yang aku terima. Tapi, mungkin boleh juga Farhan berbohong. Tapi, bolehkan budak sekecil Farhan mereka-reka cerita? Mungkin juga kerana dalam usia sebegini, mereka lebih banyak berimiginasi. Tambahan pula dia teramat sayangkan Farah.

"Oklah sayang. A'an tidur ya! Papa pun dah penat."Pujukku sambil menepuk-nepuk perlahan tangan Farhan.

"A'an nak Auntie Mama!" Bentaknya lalu kembali terisak-isak.

"Papa tak tahu mana Auntie Mama pergi?"

"Papa carilah..." Pinta Farhan. Aku mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepala sekadar untuk memuaskan hatinya. Setelah yakin dengan diriku akan mencari Auntie Mamanya, barulah dia memejamkan mata. Aku menghela nafas lega.

"Tadi, opah kurung adik dalam bilik." Tiba-tiba sahaja Farhan kembali bersuara. Dahiku berkerut mendengar kata-kata Azim.

"Opah kurung adik?" Aku menyoalnya kembali. Dia mengangguk pantas.

"Kenapa?"

"Sebab adik nak ikut Auntie Mama balik." Selepas berkata begitu dia kembli memejamkan matanya semula.

Kepalaku makin berserabut dengan cerita Farhan. Farhan menyatakan bahawa emak yang membuatkan tangannya terseliuh dan emak juga telah mengurung Azim di dalam bilik. Mengapa emak lakukan semua itu. Dan betulkah emak yang lakukannya? Sanggupkah emak bersikap sebegitu semata-mata kerana bencikan Farah? Emak takkan begitu sikapnya. Tapi, kata-kata Farhan juga tidak boleh dipandang remeh. Mungkin dia bercakap benar dan emak pula mereka cerita. Tak mungkin emak begitu. Tetapi, jika didorong dengan rasa bencinya terhadap Farah, tidak mungkin dia akan lakukan begini. Tapi, mengapa emak sanggup buat begitu?

Bersambung - Bab 44 : Khairul

No comments:

Post a Comment