Bab 8 : Farah
Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam pejabat, kulihat ramai orang mengerumuni mejaku. Aku mempercepatkan langkahku.
"Ada kenduri ke?" Soalku begurau sebaik sahaja mendekati kumpulan rakan-rakan yang mengelilingi mejaku. Mereka semua berpaling serentak kepadaku.
"What?" Soalku sekali lagi sambil mengangkat kening.
"Ada orang beri kau bunga." Jawab Hanim lalu menghulurkan jambangan indah bunga lili kepadaku. Terpegun aku sebentar.
"Cantiknya..." Ucapku perlahan tapi sudah cukup untuk didengari oleh mereka.
"Siapalah yang bertuah tu ye?" Sakat Harun, pegawai tadbir di pejabatku ini.
Aku tidak segera menjawab sebaliknya membelek-belek jambangan bunga lili tersebut.
"Tak sangka kau nie ada peminat ye!" Kata Rashid pula, seorang pegawai kewangan.
"Habis kau ingat aku nie tak laku ke?" Balasku bersahaja.
"Tak adalah. Aku tangok kau nie garang semacam. Orang nak dekat pun takut." Balasnya lalu ketawa. Aku turut ketawa.
Memang kalau orang tidak mengenali secara betul-betul, orang akan mengatakan aku ini seorang yang sombong, tetapi bukan begitu. Sebenarnya aku tidak suka berbual sesuatu tanpa memberi faedah kepadaku. Aku juga sangat komited terhadap kerjaku hinggakan aku jarang untuk keluar bersosial walaupun kadang-kadang aku mendapat jemputan dari rakan-rakan. Alasan yang kuberikan, banyak kerja!
"Korang tak ada kerja ker nak buat? Nak bertenggek kat meja aku selama-lamanya ke?" Perliku lalu tersenyum.
"Eleh, baru dapat bunga dah eksyen." Jawab Hanim lalu beredar dari mejaku. Aku ketawa melihat gelagatnya. Alah, dia bukannya merajuk.. saja tu!
Sedikit-demi sedikit mereka mula beredar dari mejaku. Aku kembali membelek-belek jambangan tersebut. Yang sebenarnya aku mencari kalau-kalau ada terselit kad dari si pemberi. Tapi, tiada. Aku mengeluh hampa. Aku meletakkan jambangan bunga tersebut di sisi mejaku. Aku mengemas mejaku yang agak berselerak. Tiba-tiba jari-jemariku menyentuh sekeping sampul surat berwarna pink. Segera aku membukanya.
Harap kau sudi menerima jambangan lili dariku. Kuharapkan jua kau sudi untuk menerima ajakanku untuk makan tengahari bersama hari ini, boleh?
-Khairul-
Khairul.... jambangan ini dari dia. Tapi mengapa pula? Telefon sajalah kalau mahu mengajakku keluar makan. Tak perlulah sampai menghantar bunga. tapi, kenapa dengan dia nie? Macam ada sesuatu sahaja...
"Melamun lagih?" Aku terkejut mendengar sergahan dari Hanim yang sudah berdiri di sebelahku.
"Kau nie, buat aku terkejut saja. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah arwah." Kataku sambil mengurut dadaku perlahan. Dia hanya tersengih.
"Dari siapa?" Soalnya lagi lalu mengambil kad kecil dari tanganku. Aku biarkan sahaja.
"Khairul?" Terbeliak matanya setelah membaca kad kecil itu. Dia mengambil kerusi di mejanya lalu di sorongnya berdekatan dengan mejaku lalu duduk di kerusi itu.
"What?" Tanyaku tanpa memandang wajahnya.
"Hmmm... dia ajak lunch. Satu permulaan yang baik." Hanim mengulum senyum.
"Alah, ajak lunch saja. Bukannya ada apa-apa. Ajakan dari seorang teman.
Balasku berhati-hati, tidak mahu Hanim mengetahui bahawa hatiku ini berdetak kencang.
"Siap hantarkan bunga lagi. Nie mesti ada apa-apa nie." Usik Hanim lagi.
"Manalah aku tahu. Dia dah kasi bunga, aku terima sajalah. Bukannya aku yang rugi."
"Nie mesti kau ada affair dengan dia kan?"
"Mana ada?" Pantas aku menjawab.
Meletus ketawa Hanim hingga menarik perhatian rakan sepejabat. Ada yang memandang sambil tersenyum dan ada juga yang menggelengkan kepala melihat gelagat Hanim itu.
"Ish kau nie, coverlah sikit gelak tu. Kau tu bukannya anak remaja nak ketawa besar macam nie. Kau tu..."
"Dah jadi bini orang." Sambung Hanim sebelum sempat aku menghabiskan kata-kataku.
"Tahu pun." Jawabku lalu mencubit lengannya. Dia mengaduh dan pantas dia mencubit lenganku pula.
"So, macam mana?"
"Macam mana apa?" Jawabku sambul menggosok-gosok bekas cubitan Hanim tadi. Perit ku rasakan kulit lenganku.
"Buat-buat tanya pula. Jadi tak kau keluar dengan dia?" Soal Hanim lagi.
"Tengoklah dulu..." Bersahaja aku menjawabnya. Aku tahu Hanim tidak berpuas hati dengan jawapanku. Sebelum sempat dia membuka mulut aku terus mengajaknya ke kedai untuk membeli sarapan. Makin dilayan, makin menjadi pula si Hanim nie...
Bersambung - Bab 9 : Farah
Bersambung - Bab 9 : Farah
No comments:
Post a Comment