Bab 6 : Khairul
Televisyen yang terpasang tidak sedikitpun menarik minatku untuk melihatnya. Sebaliknya aku lebih senang berbaring dan merenung ke siling rumahku. Terasa sunyi mencengkam hidupku. Kalau dahulu, waktu-waktu begini Linda menemaniku menonton televisyen. Dia akan membuat milo panas buatku. sambil menonton, dia akan memicit-micit kepalaku. Dia memang seorang isteri yang baik. Tapi....
Arghhh.... kenapa sampai sekarang aku bagaikan terasa dia sentiasa berada di sisiku. Kadang-kala bagaikan terasa kehadirannya di sisiku, hangat! Aku sudah seperti gila mengejar bayangnya. Oh Linda, abang rindukan Linda. Kenapa Linda tinggalkan abang? Tinggal Farhan dan Azim, anak-anak kita? Kenapa Linda?
Setitis air mataku menitis di pipi. Segera aku kesat. Aku lelaki. Sepatutnya aku kuat dan tabah. Anak-anakku masih kecil. Mereka masih memerlukan aku. Tapi, mereka juga perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, siapa yang layak menggantikan tempat Linda. Aku tidak yakin, ada perempuan lain yang sebaik dan selembut Linda.
Aku tidak mahu anak-anakku disiksa oleh ibu tiri mereka. Memarahi mereka pun aku tidak sanggup, inikan pula mahu memukul atau mencubit. Seekor nyamuk pun tidak akan kubiarkan menggigit dan menghisap darah anak-anakku. Aku terlalu menyayangi anak-anakku. Merekalah satu-satunya tinggalan Linda buatku.

Mungkin, Farah boleh menggantikan tempat Linda! Tingkah-lakunya saling tak tumpah sepertimu Linda. Setiap kali aku melihat Farah, sedikit sebanyak akan terubat rinduku buatmu, Linda. Tapi, mahukah Farah menerima aku? Seorang duda beranak dua sedangkan dia masih lagi anak dara? Mahukah dia menjaga Farhan dan Azim nanti? Aku... aku buntu... arggghhhhh....... Tapi aku perlu mencuba. Aku pasti memcuba...
Sepantas kilat aku mencapai telefon lalu menekan nombor telefon Farah. Hatiku berdebar-debar. Lama aku menati, tapi tiada siapa yang menyambut. Jam di dinding berdenting. Mataku melirik ke dinding. Pukul dua pagi.
Hmmm... patutlah tak berangkat. Dia sudah tidur. Aku juga yang bodoh sebab tak sabar-sabar. Aku tak boleh begini, nanti Farah akan menjauhkan diri daripadaku. Sepatutnya aku mendekatinya dengan perlahan-lahan. Tidak terlalu mendesak. Nanti aku juga melepas.

Dah dua pagi. Esok hendak ke pejabat. Baik aku masuk tidur dulu.
Bersambung - Bab 7 : Khairul
Bersambung - Bab 7 : Khairul
No comments:
Post a Comment